Cetak

Polis Diraja Malaysia

INTAN telah bekerjasama dengan Maktab Polis Diraja Malaysia iaitu institusi latihan tertinggi Polis Diraja Malaysia dalam memberikan latihan di bawah komponen pengukuhan diri kepada peserta Pascasiswazah Pengurusan Awam INTAN. Objektif pengisian Modul Pengurusan Ketenteraman Awam (POLIS) ini adalah untuk membentuk pegawai PTD muda yang berpengetahuan serta memiliki aspek kemahiran yang tinggi dalam menguruskan situasi ketenteraman awam dengan menggunakan kaedah yang terbaik dan mampu mengurangkan impak krisis ketenteraman awam.


Modul ini juga bertujuan untuk memperkenalkan organisasi dan fungsi Polis Diraja Malaysia dengan lebih terperinci. Latihan kawad dan latihan senjata menjadi salah satu intipati dalam modul ini yang bertujuan untuk memupuk sifat integriti dan disiplin dalam diri para peserta.