KURSUS SIGNATURE

Program Transformasi Minda

PTM-min

 

 

Program Transformasi Minda merupakan kursus yang dilaksanakan bagi penjawat awam kumpulan sokongan yang baru memasuki perkhidmatan awam . Kursus ini merupakan salah satu syarat wajib untuk pengesahan jawatan seseorang penjawat awam di dalam perkhidmatan.

 

Pelaksanaan kursus ini diadakan sebanyak empat  siri pada setiap tahun bagi menampung keperluan Kementerian dan jabatan-Jabatan. Pemilihan peserta kursus akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Walau bagaimanapun, Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi, INTAN Jalan Elmu juga menerima peserta dari Badan-Badan Berkanun yang menumpang untuk berkursus yang terdiri dari kumpulan Gred 1 hingga Gred 41.

 

Secara asasnya kursus ini mendedahkan para peserta dengan perkhidmatan awam secara amnya di samping penekanan di dalam aspek kerjasama berkumpulan dan penerapan nilai-nilai murni di dalam diri seorang penjawat awam.

 

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Pegawai Tadbir Latihan
Unit Latihan
Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Elmu off Jalan Universiti
59100 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 603-7966 1535
Faks: 603 – 7956 8550
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.