Cetak

Seminar Public Sector Trainers Meet Trainers

pst2

 

Inisiatif penganjuran Seminar Public Sector Trainers Meet Trainers (PSTMT) sebagai Program Bitara INTAN adalah selaras dengan Pelan Transformasi Perkhidmatan Awam dalam membangunkan jurulatih yang kompeten.

Penceramah seminar ini terdiri daripada pakar-pakar profesional, konsultan, dan ahli akademik dalam dan luar negara. Mereka akan berkongsi tips dan kaedah latihan yang terbukti berjaya bagi mewujudkan sesi pembelajaran yang berkesan.

Seminar ini menyediakan platform untuk para jurulatih dalam perkongsian maklumat yang merangkumi aspek-aspek pembangunan kemahiran, pengetahuan dan tingkah laku. Seminar ini juga mendorong amalan profesionalisme dalam bidang kejurulatihan serta membantu jurulatih untuk berhubung di antara satu sama lain dan bertukar-tukar idea mengenai pelbagai keperluan pembelajaran yang berbeza.

Pada dasarnya, seminar ini adalah berfungsi sebagai hab rangkaian untuk jurulatih. Persekitaran yang berpusatkan tindakan ini telah memberikan ruang kepada jurulatih bagi menjana idea bagi menambah nilai kepada organisasi masing-masing ke arah transformasi penyampaian latihan sektor awam.

 


Ketua Kluster
Kluster Pembangunan Kepakaran
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-2084 7613
Faks: 03-2093 4135
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.