Cetak

Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11)

Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), 2016-2020, merupakan rancangan pembangunan lima tahun terakhir ke arah merealisasikan matlamat Wawasan 2020. Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991 menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek, iaitu ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya menjelang tahun 2020. Susulan daripada pencapaian pembangunan yang cemerlang dalam tempoh separuh dekad yang lalu, RMKe-11 mengukuhkan lagi komitmen Kerajaan untuk mencapai pertumbuhan bermatlamatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. RMKe-11 berteraskan prinsip “Bangsa Malaysia” yang progresif dan bersatu serta berkongsi cita-cita dan komitmen yang sama dalam meningkatkan lagi kemakmuran negara untuk rakyat.


Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari : http://epu.gov.my/ms/rmk/rancangan-malaysia-kesebelas-2016-2020

Attachments:
FileFile size
Download this file (RisalahRMKe-11.pdf)Risalah RMK-112548 kB
Download this file (Teks-UcapanPM-RMK11.pdf)Teks Ucapan PM (RMK-11)1565 kB