KURSUS SIGNATURE

Advanced Leadership and Management Programme (ALMP)

almp bitara

 

Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) merupakan kursus mandatori bagi pegawai-pegawai kanan Perkhidmatan Awam yang menyandang Jawatan Utama Sektor Awam Gred C (JUSA C).


Matlamat Utama

  • Terlibat dalam komuniti pembelajaran yang aktif dan menggalakkan
  • Menonjolkan keupayaan memimpin
  • Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran menggunakan pelbagai konsep pengurusan dan perancangan strategik
  • Menunjukkan kesedaran dan kefahaman di dalam dan di luar konteks perkhidmatan awam melalui pembelajaran dan ceramah
  • Mempamerkan nilai-nilai positif dan contoh teladan yang baik


Kaedah Pembelajaran

Program ini dibangunkan berdasarkan pendekatan ‘multiple-helix’. Setiap elemen direka bentuk dengan sempurna bagi menghasilkan satu perjalanan pembelajaran yang berkesan.

Pendekatan ‘multiple-helix’ termasuk:

  • Jemputan luar : Pakar-pakar dari industri dan ahli akademik dijemput sebagai panel penilai dan penceramah
  • Aktiviti luar kelas :  Meningkatkan pengetahuan berkenaan pengurusan dinamika kumpulan dan organisasi
  • Rangkaian strategik : Keterlibatan dengan pelbagai agensi bagi mewujudkan hubungan kerjasama
  • Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris:  melibatkan 70% dari jumlah markah penilaian termasuk pembentangan dan tugasan bertulis. 90% ceramah disampaikan dalam Bahasa Inggeris


Perjalanan Program

Program ini direka bentuk untuk memastikan peserta akan lebih kehadapan dengan kemahiran dan kompetensi baharu sejajar dengan matlamat pembelajaran

 

Persediaan Sebelum Program

Bagi meningkatkan pembelajaran, peserta perlu menyempurnakan tugasan penilaian kendiri, pembentangan di dalam kelas, pengucapan awam dan tugasan bertulis.

 

Pembangunan

Aktiviti – aktiviti yang teribat adalah :

  • Sesi Interaksi
  • Ceramah
  • Lawatan korporat

 

Penilaian

Penilaian berdasarkan tema – tema berikut:

  • Pengkhususan Ilmu
  • Penilaian Profil
  • Pengurusan Kumpulan


Untuk maklumat selanjutnya berkaitan program ini, sila hubungi:

 

1. En. Ahmad Tarmizi bin Zakari
    Sub Kluster Pembangunan Kepimpinan
    Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif
    INTAN Bukit Kiara
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

2. Dr. Inas Binti Zulkipli
    Sub Kluster Pembangunan Kepimpinan
    Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif
    INTAN Bukit Kiara
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.