MAJLIS PENASIHAT INTAN

Majlis Penasihat INTAN (MPI) telah diasaskan selepas penubuhan INTAN secara rasminya pada 1972. Pengurusan dan penggubalan dasar-dasar utama INTAN secara keseluruhan terletak di bawah Majlis MPI yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara mulai 1 April 2017 dan Setiausaha MPI ialah Pengarah INTAN.

MPI mempunyai tiga Terma Rujukan seperti berikut:
1.    Memberi nasihat mengenai dasar dan pelaksanaan program latihan INTAN;
2.    Memberi nasihat mengenai peningkatan kerjasama INTAN dengan institusi pengajian tinggi dan institusi latihan lain; dan
3.    Memandu dan membantu INTAN untuk meningkatkan keupayaannya sebagai peneraju institusi pembelajaran sektor awam.

mpi min