Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif

About us

Mengenai Kami

Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif (KKPE) berperanan sebagai sebuah pusat kecemerlangan bagi pelbagai program yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para penjawat awam berkaitan aspek kepimpinan dan pengurusan, seterusnya peranan dan keupayaan mencapai kecemerlangan organisasi khususnya bagi sektor awam di Malaysia.

Ini kerana, KKPE memahami bahawa aspek kepimpinan memainkan peranan yang penting dalam melahirkan penjawat awam yang kompeten dan berdaya saing. Program dan kursus di kluster ini telah dibangunkan untuk memperkasa kepimpinan disamping melengkapkan penjawat awam dengan  budaya unggul bagi menghadapi cabaran baharu dalam bentuk permintaan dan ekspektasi yang semakin meningkat daripada rakyat dan pihak berkepentingan.

Visi KKPE ialah untuk menjadi pusat kecemerlangan kepimpinan sektor awam yang unggul dengan misi untuk membangunkan pemimpin sektor awam bertaraf dunia yang profesional, beretika dan berjiwa rakyat. Justeru, program KKPE adalah bertujuan untuk meningkatkan kompetensi kepimpinan penjawat awam menerusi latihan, seminar dan juga kursus-kursus dianjurkan oleh KKPE.

Carta Organisasi

carta_org_kepimpinans.png

Aktiviti / Program

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Kursus
  1. Futures Thinking and Scenario Planning Workshop (FTSP) Elementary
  2. Futures Thinking and Scenario Planning Workshop (FTSP) Intermediate
  3. Futures Thinking and Scenario Planning Workshop (FTSP)
  4. Transformative Leadership and Organizational Management Course (TLOM) 1.0
    (Kursus Kepimpinan Transformatif dan Pengurusan Organisasi) 1.0
  5. Transformative Leadership and Organizational Management Course (TLOM) 2.0
    (Kursus Kepimpinan Transformatif dan Pengurusan Organisasi) 2.0
  6. Strategic Thinking, Planning and Management Course
    (Kursus Pemikiran, Perancangan dan Pengurusan Strategik)
  7. Kursus Leadership Plus
  8. Kursus Management Tools
  9. Kursus Change Managament
  10. INTAN Executive Lecture Series (Leadership)

HUBUNGI KAMI

KETUA KLUSTER
Kluster Kepimpinan dan Pembangunan Eksekutif
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara

50480 Kuala Lumpur, Malaysia

 

Tel: 03-2084 7433
Faks: 03-2093 4135

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01    

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 626

Bulan Ini : 5197

Keseluruhan : 191047

  • Tarikh Kemaskini: 08 Oktober 2022

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2022 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768