Kluster Pembangunan Kepakaran

About us

Mengenai Kami

Kluster Pembangunan Kepakaran (KPK) merupakan salah satu daripada 9 Kluster yang terdapat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara. Kluster ini telah diwujudkan pada tahun 2013 dengan tujuan untuk merancang dan menyediakan pembangunan kapasiti tenaga pengajar dan pengurusan latihan bagi memastikan program pembelajaran yang berkualiti dan berimpak tinggi.


KPK merangkumi Subkluster Pengajian Lanjutan, Subkluster Pembangunan Kepakaran dan Pengurusan Latihan dan Unit Pentadbiran.

Carta Organisasi

carta_org_kepakarans.png

Aktiviti / Program

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Kursus
  1. Bengkel Train The Trainer bagi Jurulatih;
  2. Bengkel Learning Need Analysis bagi Pengurus Latihan dan Jurulatih;
  3. Bengkel Coaching For Leaders; dan
  4. Kursus Training Preview For Leaders & Managers.

 

Kursus Persediaan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dan Ijazah Sarjana Secara Penyelidikan merupakan kursus mandatori bagi pegawai yang dianugerahkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBPTB). Kursus-kursus tersebut bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan mengenai kaedah penyelidikan saintifik dari aspek teoritikal dan amali agar para pegawai berkenaan dapat mempersiapkan diri mengikuti pembelajaran di peringkat ijazah lanjutan.

 

Selain daripada kursus mandatori tersebut, Kursus Pengkaedahan Penyelidikan dan Analisis Data Sains Pengurusan turut ditawarkan kepada penjawat awam sebagai asas penyelidikan sains sosial yang meliputi kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kursus ini amat bermanfaat bagi penjawat awam yang terlibat dalam penyelidikan dan pembentukan dasar serta dapat memupuk penjanaan idea-idea baharu.

 

Modul Hubungan Antarabangsa dan Keselamatan merupakan salah satu modul akademik di bawah Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) bagi memberikan pendedahan dan pengetahuan asas kepada para peserta DPA mengenai hal-hal berkaitan hubungan antarabangsa dan keselamatan.

HUBUNGI KAMI

KETUA KLUSTER
Kluster Pembangunan Kepakaran
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-2084 7613
Faks: 03-2093 4135
E-mel: info.kepakaran[at]intanbk[dot]intan[dot]my

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01    

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 609

Bulan Ini : 5180

Keseluruhan : 191030

  • Tarikh Kemaskini: 08 Oktober 2022

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2022 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768