Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar

Mengenai Kami_Kluster Penyelidikan

Mengenai Kami

Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar berperanan sebagai research wing INTAN yang bertumpu kepada aktiviti penyelidikan dan penerbitan dalam usaha untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam. Fungsi utama Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar adalah seperti berikut: 

 

  • Menjalankan penyelidikan tentang dasar awam, tadbir urus, pembangunan dan lain-lain isu negara serta mendokumentasikan hasil penyelidikan yang telah dijalankan;

  • Memberi input dan khidmat perundingan berkaitan metodologi penyelidikan;

  • Menjana idea dan menggalakkan percambahan ilmu mengenai isu-isu semasa dalam  perkhidmatan awam melalui penganjuran program yang berkaitan dengan penyelidikan seperti Kolokium Penyelidikan;

  • Mengurus dan mengumpul bahan untuk diterbitkan secara berkala dan tidak berkala seperti INTAN Management Journal dan sebagainya; dan

  • Menjalankan aktiviti jualan dan promosi buku-buku terbitan INTAN serta mengurus operasi kedai buku INTAN

 

PENERBITAN

Penerbitan jurnal, buku, laporan dan kajian kes merupakan salah satu fungsi utama Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar. Usaha penerbitan ini dilakukan secara berkala dan tidak berkala mengikut keperluan sebagai memperlihatkan peranan INTAN sebagai sebuah intitusi pembelajaran awam yang bertanggungjawab dalam melatih dan membangunkan modal insan sektor awam yang kompeten. Senarai penerbitan berkala KPPD merangkumi:

 

  1. INTAN Management Journal - Merupakan jurnal flagship INTAN yang memuatkan kajian-kajian empirikal yang dibuat oleh pegawai awam dari dalam dan luar INTAN.

  1. INTAN Trainer’s Digest - Penerbitan yang mengetengahkan pengalaman dan pengetahuan pegawai dan jurulatih INTAN dalam pelbagai aspek bagi tujuan perkongsian maklumat dan pengetahuan dengan seluruh warga INTAN.

  1. INTAN Case Studies - Koleksi berbentuk kes yang ditulis oleh pegawai dan perunding latihan INTAN untuk kegunaan dan manfaat pegawai-pegawai awam yang menghadiri pelbagai kursus in INTAN.

  1. INTAN The Executive Minds - Koleksi kertas-kertas kajian terbaik yang dipilih daripada siri kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) yang telah diadakan pada tahun sebelumnya.

  1. Prosiding Kolokium Penyelidikan - Koleksi kertas-kertas pembentangan peserta Kolokium Penyelidikan INTAN yang terdiri daripada pegawai-pegawai awam yang baru menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dan PhD.

  1. Tinta INTAN - Koleksi artikel-artikel yang ditulis oleh pegawai-pegawai INTAN yang telah disiarkan dalam akhbar-akhbar utama.

 

KOLOKIUM PENYELIDIKAN (RC)

Kolokium Penyelidikan merupakan salah satu wadah perkongsian kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh penjawat awam yang telah menamatkan pengajian mereka menerusi tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan lain-lain kemudahan penajaan JPA. INTAN dapat mengenal pasti hasil kajian yang mempunyai implikasi ke atas dasar kerajaan untuk penambahbaikan dan untuk diterbitkan dalam penerbitan INTAN. 

 

KAJIAN

Bagi menyokong aktiviti penyelidikan, Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar yang terdiri daripada lima orang Felo Penyelidik Kanan menjalankan kajian dan aktiviti berasaskan kajian sama ada secara perseorangan atau secara berpasukan. Hasil kajian yang dijalankan oleh Felo-Felo Penyelidik Kanan INTAN didokumentasi dan diterbitkan secara berkala dalam INTAN Management Journal.  

Carta Organisasi

carta_org_penyelidikans.png

Aktiviti / Program

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Kursus

Bengkel Pembangunan Kajian Kes

HUBUNGI KAMI

KETUA KLUSTER
Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur, Malaysia


Tel: 03-2084 7372 / 7357 / 7346
Faks: 03-2092 1512

 

Kedai Buku INTAN

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 03-2084 7269
Faks: 03-2092 1512

E-mel : info.kppd[at]intanbk[dot]intan[dot]my

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01    

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 636

Bulan Ini : 5207

Keseluruhan : 191057

  • Tarikh Kemaskini: 08 Oktober 2022

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2022 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768