KAMPUS

INTAN Kampus Satelit Putrajaya

Mengenai Kami

INTANPutrajaya
INTAN Kampus Satelit Putrajaya telah ditubuhkan pada Mac 2018. Jabatan Perkhidmatan Awam dan INTAN melihat adanya keperluan untuk menubuhkan kampus satelit di Putrajaya sejajar dengan fungsi Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan sejak 1999. Kampus satelit tersebut juga dapat memperkasakan peranan INTAN dalam latihan dan pembangunan sektor awam memandangkan populasi penjawat awam yang tinggi di Putrajaya.


Susulan daripada itu, satu pasukan petugas telah ditubuhkan dan diketuai oleh Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar, INTAN untuk mengkaji cadangan penubuhannya. Secara lazimnya, penubuhan kampus baharu akan melibatkan pembangunan fizikal dan pertambahan jawatan baharu. Sebagai inisiatif jangka pendek dan bersifat quick win, INTAN Kampus Satelit Putrajaya diwujudkan secara projek perintis dengan beberapa konsep dan kaedah pelaksanaan baharu. Antaranya seperti:
  1. Mengurangkan perbelanjaan dengan mengoptimumkan penggunaan kemudahan sedia ada di JPA dan sekitar Putrajaya;
  2. Menjalankan program latihan khusus untuk bakal pesara;
  3. Memperluas pelaksanaan program latihan/penilaian INTAN Bukit Kiara ke Putrajaya; dan
  4. Mengaplikasikan konsep mobiliti iaitu peserta perlu menguruskan sendiri keperluan penginapan dan makan/minum sepanjang kursus berlangsung.

Kepakaran

Selaras dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) Bilangan 2 Tahun 2005: Pelaksanaan Pelan Latihan Sumber Manusia Sektor Awam, INTAN Kampus Satelit Putrajaya bertanggungjawab untuk melatih penjawat awam yang akan melalui tempoh peralihan kerjaya.

struktur latihan
Sama ada penjawat awam yang akan bersara wajib atau pilihan, peserta akan didedahkan dengan kursus mengenai dasar-dasar berkaitan persaraan, kursus persediaan sebelum persaraan dan program-program pendedahan peluang-peluang kerjaya selepas bersara.

Seminar/Kursus Yang Ditawarkan/Kolaborasi Strategik

Bagi memastikan program-program yang dilaksanakan memenuhi kehendak dan harapan peserta dan pihak berkepentingan, INTAN dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain, pihak swasta dan universiti telah menganjurkan pelbagai program yang menarik dan bermanfaat kepada peserta. Antaranya termasuklah:

Kumpulan Sasar: Bakal Pesara 

Pic1  Pic2

1. Pengurusan Perniagaan
  • e-Usahawan
  • Perniagaan
  • Inovasi dalam Pemprosesan Makanan

Pic3

2. Kewangan dan Perakaunan
  • Pengurusan Kewangan Peribadi

Pic4  Pic5

3. Psikologi dan Minda
  • Persediaan Psikologi Bakal Pesara

Pic6  Pic7

4. Kesihatan
  • Kesihatan, kecergasan dan kebahagiaan

5. Pengurusan Wasiat dan Harta Pusaka
  • Perancangan Pewarisan

6. Pertanian
  • Pertanian Bandar

7. Pascaperkhidmatan
  • Program MyPesara: Seminar Prapersaraan
 
Kumpulan Sasar: Kumpulan Pelaksana (Gred 1 – 40) 
1. Etika Profesionalisme dan Profesionalisme Diri

Pic8  Pic9

  • Pembangunan Kendiri dan Profesionalisme

Hubungi Kami

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Putrajaya
Aras 4, Blok C3
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 WP Putrajaya
Malaysia

Tel   : 03-8885 5696/5224
Faks : -