INTAN Public Policy Insights Series (IPPIS)
“Addressing Challenges, Realising Transformation”
Kejayaan agenda transformasi negara mempunyai perkaitan rapat dengan pembudayaan ilmu dan peningkatan kepakaran dalam kalangan penjawat awam. Atas prinsip ini, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) telah menyediakan platform kepada pemimpin-pemimpin perkhidmatan awam untuk membicarakan perspektif dan pengalaman masing-masing bersama-sama penjawat awam termasuk Universiti Awam (UA), Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GLC) di bawah forum INTAN Public Policy Insights Series (IPPIS).
Bertemakan Addressing Challenges, Realising Transformation, IPPIS telah diperkenalkan sebagai salah satu program bitara INTAN sejak tahun 2014 dengan objektif memacu percambahan idea serta menyuntik prospek baharu dalam proses penggubalan dan pelaksanaan dasar awam.
Sehingga kini, IPPIS telah menampilkan seramai 9 orang pemimpin sektor awam yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan yang telah membicarakan pelbagai isu dan cabaran dalam bidang masing-masing.
Ketua-ketua Setiausaha dan Ketua-ketua Perkhidmatan yang pernah terlibat dalam forum IPPIS sejak tahun 2014 serta tajuk yang diwacanakan adalah seperti berikut:
BIL. |
PENCERAMAH |
TAJUK SYARAHAN |
TARIKH |
1
|
YBhg. Dato’ Seri Arpah Abdul Razak |
Kehidupan Sejahtera: Peranan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan | 5 September 2014 |
2
|
YBhg. Tan Sri Dr. Ong Hong Peng |
Public Policy: Game Changers | 2 Oktober 2014 |
3
|
YBhg. Tan Sri Dr. Madinah Mohamad |
Gen-Setting the Public Service: Shifting Paradigms & Paradoxes | 11 November 2014 |
4
|
YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah |
Managing Economy in Challenging Times | 25 Mac 2015 |
5
|
YBhg. Tan Sri Abdul Gani Patail |
Upholding Sovereignty, Respecting Diversity | 9 April 2015 |
6
|
Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj. Zulkifeli Mohd Zin |
Safeguarding Security, Upholding National Dignity | 10 September 2015 |
7
|
YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar |
Emerging Threats Challenging Public Order and Security | 10 Mei 2016 |
8
|
YBhg. Tan Sri Haji Ambrin bin Buang |
Enhancing Transparency, Strengthening Public Trust | 18 Oktober 2016 |
9 |
YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang |
The Age of Sustainability: From Campus Lab to Global Agenda | 6 April 2017 |
10 |
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Sulaiman bin Mahbob |
Public Policy, Regulation and Governance | 14 November 2017 |
Untuk maklumat selanjutnya berkaitan program ini, sila hubungi:
Encik Ahmad Faisal bin Ahmad Ramzi
Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi
INTAN Jalan Elmu
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.