KLUSTER

Kluster Pembangunan Kepakaran

Mengenai Kami

Pic1E
Kluster Pembangunan Kepakaran (KPK) merupakan salah satu daripada 9 Kluster yang terdapat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Utama Bukit Kiara. Kluster ini telah diwujudkan pada tahun 2013 dengan tujuan untuk merancang dan menyediakan pembangunan kapasiti tenaga pengajar INTAN dan pengurusan latihan INTAN bagi memastikan program pembelajaran yang berkualiti dan berimpak tinggi.

KPK merangkumi Subkluster Pengajian Lanjutan, Subkluster Pembangunan Kepakaran dan Pengurusan Latihan dan Unit Pentadbiran.


Pic3

Seminar/Kursus Yang Ditawarkan

KPK menawarkan kursus-kursus yang berikut bagi meningkatkan potensi dan kompetensi pegawai awam:

Kursus/Bengkel
  • Bengkel Train The Trainer bagi Jurulatih;
  • Bengkel Learning Need Analysis bagi Pengurus Latihan dan Jurulatih;
  • Bengkel Group Synergizers bagi jurulatih;
  • Kursus Effective Training Design bagi Jurulatih; dan
  • Kursus Measuring Training Outcomes untuk Pengurus Latihan dan Jurulatih

Seminar/Sesi Perkongsian Ilmu
  • INTAN Trainer Insights Series;
  • INTAN Trainers Development Series;
  • Coaching Circle

Khidmat Nasihat/Konsultasi
  • Pembangunan Pakej Latihan
  • Pembangunan Kurikulum
  • Pelan Pembangunan Latihan
  • Pengurusan Latihan

Kursus Persediaan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dan Ijazah Sarjana Secara Penyelidikan merupakan kursus mandatori bagi pegawai yang dianugerahkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBPTB). Kursus-kursus tersebut bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan mengenai kaedah penyelidikan saintifik dari aspek teoritikal dan amali agar para pegawai berkenaan dapat mempersiapkan diri mengikuti pembelajaran di peringkat ijazah lanjutan.

Selain daripada kursus mandatori tersebut, Kursus Pengkaedahan Penyelidikan dan Analisis Data Sains Pengurusan turut ditawarkan kepada penjawat awam sebagai asas penyelidikan sains sosial yang meliputi kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kursus ini amat bermanfaat bagi penjawat awam yang terlibat dalam penyelidikan dan pembentukan dasar serta dapat memupuk penjanaan idea-idea baharu.

Modul Hubungan Antarabangsa dan Keselamatan merupakan salah satu modul akademik di bawah Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) bagi memberikan pendedahan dan pengetahuan asas kepada para peserta DPA mengenai hal-hal berkaitan perhubungan antarabangsa dan keselamatan.

Kolaborasi Strategik

Hubungan kerjasama dengan pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan inisiatif bagi membantu para peserta Kursus Persediaan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dan Ijazah Sarjana Secara Penyelidikan mendapat gambaran keseluruhan program yang ditawarkan oleh IPT dan calon penyelia yang bersesuaian dengan bidang mereka. Di samping itu, kerjasama ini juga memberikan peluang kepada pihak IPT untuk mempromosikan program-program yang ditawarkan.

Kluster Pembangunan Kepakaran (KPK), INTAN juga menjalinkan kerjasama dengan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memperkukuh pelaksanaan Modul Hubungan Antarabangsa dan Keselamatan agar para peserta Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN peka terhadap isu dan perkara yang melibatkan keselamatan negara selain dapat meningkatkan semangat patriotisme mereka.

Hubungi Kami