KURSUS SIGNATURE

Kursus Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB)

 

Pengenalan Ringkas

Kursus Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB) ialah kursus baharu yang diperkenalkan oleh INTAN pada tahun 2014. 3PAB dilaksanakan oleh INTAN dengan kerjasama enam rakan strategik iaitu Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Kerja Raya (JKR), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Bahagian Perkhidmatan JPA.

3PAB ialah kursus komprehensif khusus untuk pegawai awam yang terlibat dalam pengurusan projek awam meliputi keseluruhan kitaran pengurusan projek. Sebagai latihan yang bersepadu, 3PAB telah digubal dengan kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan teknik penilaian yang menyeluruh bagi memastikan peserta dinilai dengan tepat sebelum dianugerahkan pensijilan. 3PAB dilaksanakan secara dua mod iaitu modular dan jangka panjang (empat minggu).

 

Modul

Kursus ini mengandungi 26 modul yang terdiri daripada modul-modul yang terdapat dalam enam fasa kitaran pengurusan projek awam dan enam modul am.


Fasa 1: Pengenalpastian dan penyediaan projek berasaskan output program

    1. Konsep Perancangan Pembangunan & Penyediaan Pelan Induk di Malaysia
    2. Pembiayaan Projek Awam
    3. Pemilihan Tapak Projek & Pengurusan Tanah
    4. Pengenalpastian Projek menggunakan Logical Framework Approach (LFA)

Fasa 2: Kajian kemungkinan

    1. Kajian Kemungkinan: Analisis Teknikal & Reka Bentuk
    2. Kajian Kemungkinan: Analisis Ekonomi & Pasaran
    3. Kajian Kemungkinan: Analisis Alam Sekitar
    4. Kajian Kemungkinan: Analisis Kewangan

Fasa 3: Penilaian, pemilihan dan kelulusan

    1. Projek Brif
    2. Pengurusan Risiko Projek
    3. Pengurusan Nilai Projek

Fasa 4: Pengaktifan projek

    1. Pengurusan Dokumen Tender
    2. Pengurusan Kontrak
    3. Penjadualan Projek
    4. Pengurusan Kontrak Daripada Perspektif Jabatan Peguam Negara

Fasa 5: Pelaksanaan dan pemantauan

    1. Aplikasi Sistem/Perisian: Microsoft Project
    2. Kawal Selia Projek
    3. Pemantauan Projek
    4. Fungsi & Peranan CIDB

Fasa 6: Penilaian dan maklum balas

    1. Penyiapan & Penyerahan Projek
    2. Penilaian Projek Berasaskan Outcome


Modul Am:

    1. Pengenalan kepada Pengurusan Projek
    2. Governan dalam Projek
    3. Etika Kerja & Nilai
    4. Integriti dalam Pengurusan Projek
    5. Pengurusan Projek daripada Perspektif Audit
    6. Aplikasi Sistem dalam Pengurusan Projek: e-perolehan & SPP II