INTAN MINISTERIAL LECTURE SERIES
Transformation Conversation, Driving Change
Transformasi Perkhidmatan Awam merupakan gerakan monumental untuk merealisasikan agenda bagi memacu Malaysia memasuki liga negara maju dan berpendapatan tinggi. Demi menjayakan misi ini, perkhidmatan awam memerlukan satu lonjakan paradigma menjangkaui sempadan pencapaian sebelumnya dan seterusnya menggapai keberhasilan berimpak tinggi.
Wajah baharu perkhidmatan awam ini memerlukan pembudayaan tadbir urus yang profesional dan pembinaan keperibadian berlandaskan prinsip dan etos kerja terpuji.
Menyedari kebersamaan tanggungjawab dan kesalingan peranan antara anggota pentadbiran dan penjawat awam, maka penganjuran INTAN Ministerial Lecture Series adalah signifikan untuk mempertemukan Anggota Pentadbiran Kerajaan bersama pengurus-pengurus sektor awam atas semangat dan falsafah bahawa pemimpin politik dan pengurus sektor awam merupakan rakan strategik penting dalam menjayakan agenda pembangunan negara.
Forum ini juga merupakan platform terbaik dalam mewacanakan perkongsian ilmu, perspektif, tafsiran dan pengalaman tokoh-tokoh dalam kepimpinan politik bersama penjawat awam dan pihak-pihak yang berkepentingan.
Menteri-menteri Kabinet yang pernah berkongsi ilmu dalam program ini dari tahun 2013 adalah seperti yang berikut:
TARIKH | MENTERI | TAJUK |
7 November 2013 |
YB Khairy Jamaluddin
Menteri Belia dan Sukan
|
"Managing Perception: A Strategic
Unified Approach"
|
17 Disember 2013 |
YB Puan (Dato Seri) Hajah Nancy Haji Shukry
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
|
"Legal Eyes From My Perspective: Unveiling Law Reforms in Malaysia"
|
25 Februari 2014 |
YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
|
"Pembangunan Masyarakat dan Malaysia keArah Negara Maju Menjelang 2020: Adakah Kita Menghala ke Situ?"
|
17 Mac 2014 |
YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
|
"Corruption - Are You the Problem or the Solution?"
|
15 April 2014 |
YB Tan Sri Dato’ Sri Abdul Wahid Omar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
|
"Revisiting the New Economic Model: Towards Achieving a Developed Nation"
|
6 Julai 2015 |
YB Tan Sri Dato’ Sri Abdul Wahid Omar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
|
"RMKe-11 Merancak Pertumbuhan Ekonomi"
|
25 Ogos 2015 |
YB Dato’ Seri Idris Jusoh
Menteri Pendidikan Tinggi
|
"Soaring Upwards Malaysian Higher Education"
|
19 April 2016 |
YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
|
"Our Food, Our Future"
|
14 April 2017 |
YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri
|
“Budaya Ilmu Teras Kekuatan Negara"
|
25 September 2017 |
YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir
Menteri Besar Perak
|
“Menelusuri TN50: Sinergi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan"
|
12 Februari 2018 |
YAB Datuk Seri Utama Ir. (Dr.) Haji Idris bin Haji Haron
Ketua Menteri Melaka
|
“Transformasi Pembangunan Sosio Ekonomi Mampan dan Inklusif Menuju 2050”
|
13 November 2018 |
YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu
Menteri Pertahanan
|
“Perspektif Strategik Serantau: Ancaman Asimetrik Abad Ke-21 Terhadap Pertahanan Negara”
|
10 April 2019 |
YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
|
“Kuasa Pengguna: Ke Mana Hala Tuju Pengguna?”
|
3 September 2019 |
YB Puan Yeo Be Yin
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
|
“Own It. Do It. Ace It”
|