
Konsep Keluarga Malaysia dicetuskan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, pada 22 Ogos 2021 dalam ucapan sulung beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 yang menggariskan tiga ciri utama tersebut ialah:
1. Keterangkuman (inclusivity)
Dalam konteks negara, kita adalah Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, kaum dan usia. Meskipun berbeza kepercayaan, latar belakang dan budaya, kita meraikan ‘keterangkuman’ (atau inclusivity) dalam perbezaan, menjunjung semangat Malaysia sebagai sebuah negara bangsa.
2. Kebersamaan (common ground)
Pelbagai gerak kerja dan usaha merentas kementerian dan agensi diatur bagi memudah cara pelaksanaan program dan inisiatif, untuk rakyat dengan pantas dan berkesan. Ini merupakan usaha mencari ‘kebersamaan’ (atau common ground) agar pemegang taruh utama iaitu Keluarga Malaysia merasai nikmatnya.
3. Kesyukuran (contentment)
Toleransi masyarakat yang berbeza agama, bangsa dan kaum dalam kalangan Keluarga Malaysia sudah berlangsung puluhan tahun. Namun, tidak mudah mempertahankan payung toleransi andainya Keluarga Malaysia meminggirkan nilai-nilai yang boleh mewujudkan konflik dan perbezaan. Rasa ‘kesyukuran’ (atau contentment) terhadap toleransi ini telah diterjemahkan sebagai salah satu ciri-ciri Keluarga Malaysia.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: Laman Web Rasmi Keluarga Malaysia