KURSUS SIGNATURE

Program Transformasi Minda

Program Transformasi Minda merupakan kursus wajib bagi penjawat awam lantikan baharu (Gred 11, 19, 29 dan 41) dan merupakan salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan awam.

Kursus ini dilaksanakan oleh Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi bertempat di INTAN Jalan Elmu. Pemilihan peserta kursus akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Walau bagaimanapun, INTAN turut menerima permohonan daripada pelbagai agensi dan jabatan kerajaan yang lain untuk melaksanakan kursus ini bagi warga kerja masing-masing.

Secara asasnya, kursus ini mendedahkan para peserta dengan konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam.

 PTM

  

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pegawai Tadbir Latihan
Unit Latihan
Kluster Pengajian Pembangunan Pengurusan dan Inovasi
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Elmu off Jalan Universiti
59100 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 603-7966 1515
Faks: 603 – 7956 8550
E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.