PROGRAM BITARA

Kolokium Penyelidikan

RC1

 

Kolokium Penyelidikan 2020 adalah program anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam pada 10 September 2020 hingga 11 September 2020 di INTAN Bukit Kiara.

Kolokium Penyelidikan 2020 diadakan secara hibrid (kehadiran fizikal) dan secara maya (melalui aplikasi Zoom) bagi mematuhi SOP penjarakan fizikal. Kolokium ini dianjurkan bagi memangkin dan menyemarakkan budaya penyelidikan dalam kalangan penjawat awam. Penganjuran ini juga adalah untuk mewujudkan satu wadah perkongsian mengenai kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh penjawat awam yang telah menamatkan tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dalam program ijazah kedoktoran (Ph.D) dan Sarjana.

Sebanyak 24 kertas kajian telah dibentangkan mengikut lima tema utama iaitu Governan & Pentadbiran, Sains & Teknologi, Ekonomi & Kewangan, Keselamatan & Antarabangsa dan Sains Sosial. Pembentangan kertas penyelidikan melalui Kolokium Penyelidikan 2020 akan memanfaatkan pegawai-pegawai yang terlibat dengan perancangan/pelaksanaan dasar serta pegawai-pegawai yang bercadang mengikuti program sarjana dan Ph.D.

 

Muat turun slaid pembentangan kajian RC 2020