Cetak

Research Colloquium

research_colloquium

 

Research Colloquium 2019 (RC 2019) adalah program anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam pada 4 hingga 5 September 2019 di INTAN Bukit Kiara.

Objektif penganjuran RC 2019 ini adalah untuk mewujudkan satu wadah perkongsian kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh penjawat awam dalam program ijazah kedoktoran (Ph.D.) dan sarjana menerusi tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan lain-lain kemudahan penajaan JPA.

Sebanyak 60 kertas kajian akan dibentangkan mengikut lima tema utama iaitu Governan & Pentadbiran, Sains & Teknologi, Sains Sosial & Kemasyarakatan, Ekonomi & Kewangan dan Keselamatan & Antarabangsa.

Pembentangan kertas penyelidikan melalui RC 2019 akan memanfaatkan pegawai-pegawai yang terlibat dengan perancangan/pelaksanaan dasar serta pegawai-pegawai yang bercadang mengikuti program sarjana dan Ph.D. Selain itu, penganjuran RC 2019 juga diharapkan akan memangkin budaya penyelidikan dalam kalangan penjawat awam.

 

Muat turun slaid kertas pembentangan kajian RC 2019