Piagam Pelanggan

Kami berjanji untuk merancang dan melaksanakan projek latihan yang berkualiti dan menepati keperluan pelanggan dengan:

  1. Memaklumkan pelanggan tentang sesuatu kursus yang dirancang akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum kursus bermula.
  2. Memastikan penyampaian kursus mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 5.5 pada skala 1-7 dalam penilaian keberkesanan penyampaian
  3. Memastikan pencapaian prestasi jurulatih INTAN mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 5.5 pada skala 1-7 dalam penilaian keberkesanan penyampaian
  4. Memastikan prasarana dan kemudahan latihan yang disediakan mendapat skor purata penilaian sekurang-kurangnya 5.2 pada skala 1-7 dalam penilaian kepuasan pelanggan
  5. Memastikan supaya semua aduan dan pertanyaan pelanggan INTAN:
    • diberi akuan penerimaan dalam masa satu (1) hari bekerja, dan
    • diselesaikan dalam masa 7 hari bekerja (kecuali aduan yang melibatkan perundangan)
    • memastikan sekurang-kurangnya 85% aduan dapat diselesaikan dalam tempoh 7 hari bekerja

 

OBJEKTIF KUALITI

Objektif Kualiti INTAN adalah seperti berikut:
  1. Menjalankan sekurang-kurangnya 90% kursus yang dijadualkan;
  2. Mendapatkan skor purata penilaian:
    • Tidak kurang daripada 5.5 dalam skala 1 hingga 7 bagi skor purata pencapaian keseluruhan kursus;
    • Tidak kurang daripada 5.5 dalam skala 1 hingga 7 bagi skor keseluruhan jurulatih INTAN;
    • Tidak kurang daripada 5.5 dalam skala 1 hingga 7 bagi skor keseluruhan jurulatih luar INTAN;
    • Tidak kurang daripada 5.2 dalam skala 1 hingga 7 bagi perkhidmatan penginapan;
    • Tidak kurang daripada 5.2 dalam skala 1 hingga 7 bagi perkhidmatan sajian;
    • Tidak kurang daripada 5.2 dalam skala 1 hingga 7 bagi perkhidmatan pusat sumber.

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01   x3  

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 408

Bulan Ini : 22096

Keseluruhan : 692103

  • Tarikh Kemaskini: 27 April 2024

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2024 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768