INTAN Kampus Sabah (INSABAH)

mengenai kami

Mengenai Kami

INTAN Sabah telah ditubuhkan pada 15 Jun 2001 dan beroperasi secara sementara di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Rumah Persekutuan, Kota Kinabalu dan di Wisma Perindustrian, Likas sebelum berpindah secara tetap ke kampus sedia ada di daerah Tuaran. Pembinaan kampus INTAN Sabah telah dibuat di atas tanah seluas 80 ekar dan telah mula beroperasi pada 9 Disember 2008.


Kampus Wilayah Sabah ini telah dirasmikan dengan penuh gemilang pada 16 September 2010 oleh YAB, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bersempana dengan Sambutan Hari Malaysia.


INTAN Kampus Sabah telah direka bentuk dengan mengambil kira elemen mesra pelanggan, keindahan alam semulajadi dan seni bina tempatan. Ia mempunyai lima (5) komponen utama iaitu Blok Pentadbiran dan Akademik, Surau, Asrama Penginapan, Kemudahan Riadah dan Kuarters. Kesemua bangunan utama dihubungkan di antara satu sama lain untuk memudahkan pergerakan warga INTAN Sabah dan juga para peserta kursus.

Kepakaran

Selaras dengan penjenamaan semula INTAN Malaysia, kampus-kampus wilayah telah dijadikan sebagai pusat-pusat kecemerlangan (Center of Excellence - COE) bagi bidang-bidang yang telah dikenalpasti dan INTAN Sabah dikhususkan sebagai Pusat Kecemerlangan Pengurusan Persekitaran Pejabat. Pembangunan pusat kepakaran ini bertujuan untuk membantu jabatan dan agensi kerajaan dalam menyumbang kepada proses transformasi dan penambahbaikan terhadap pengurusan organisasi yang memberi keutamaan dalam aspek tadbir urus terbaik. Pengurusan organisasi yang berkualiti, cekap, berkesan dan konsisten ini akan memberi nilai tambah kepada imej korporat sesebuah organisasi dan sekaligus memberi impak yang positif terhadap penyampaian perkhidmatan organisasi kepada pelanggan.

 

INTAN Kampus Sabah menawarkan pelbagai jenis kursus ke arah meningkatkan tahap kompetensi penjawat awam seperti kursus berkaitan pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan kualiti, tabdir urus, pembangunan profesional dan teknologi maklumat. Di samping itu, INTAN Kampus Sabah juga memberikan perkhidmatan konsultasi, khidmat nasihat, penyelidikan serta penganjuran program seminar dan bicara eksekutif kepada semua agensi kerajaan Persekutuan dan Negeri.

 

Kursus-kursus yang ditawarkan di INTAN Kampus Sabah adalah untuk jangka masa pendek iaitu selama tiga hingga lima hari sahaja. Sasaran utama peserta adalah terdiri daripada penjawat awam perkhidmatan negeri dan persekutuan terutamanya yang bertugas di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

CARTA ORGANISASI

Image

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Kursus

Pengurusan Sumber Manusia dan Sahsiah Diri:

  1. Bengkel Pengurusan Buku Perkhidmatan Kerajaan

  2. Kursus Myportfolio: Panduan Kerja Sektor Awam

  3. Kursus Asas Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Awam

  4. Kursus Pengurusan Sumber Manusia Baharu "Human Resource Champions" (Modul Pengurusan Gaji, Elaun Dan Kemudahan)

  5. Kursus Pengurusan Sumber Manusia Baharu "Human Resource Champions" (Modul Pengurusan Perkhidmatan Dan Prestasi)

  6. Kursus Pengurusan Sumber Manusia Baharu "Human Resource Champions" (Modul Pengurusan Tatatertib)

  7. Kursus Faedah Dan Pengurusan Persaraan - Apa Bakal Pesara Perlu Tahu?

  8. Kursus Kecerdasan Minda Bagi Petugas Barisan Hadapan

  9. Program Transformasi Minda

 

Pengukuhan Pasukan dan Pembangunan Profesional

  1. Kursus Etika Kerja: Gamifikasi

  2. Kursus Profesionalisme Diri Unggul

  3. Kursus Pengukuhan Pasukan

  4. Kursus Pengukuhan Pasukan Virtual

  5. Kursus Penyeliaan Berkesan (Asas)

  6. Kursus Kecemerlangan Diri

  7. Kursus SMART Integriti

 

Komunikasi dan Pengurusan Kualiti

  1. Kursus Ekosistem Kondusif Sektor Awam

  2. Bengkel Audit Dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam

  3. Kursus Mastering Innovation Through Design Thinking

  4. Kursus Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif

  5. Kursus Imej dan Keterampilan

  6. Kursus Pengurusan Pelanggan

  7. Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis

  8. Kursus Komunikasi Berkesan

  9. Kursus Komunikasi Tersirat

 

Tadbir Urus dan Pengurusan Kewangan

  1. Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan

  2. Kursus Tatacara Pengurusan Stor Dalam Pengurusan Kewangan Negara

  3. Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan

  4. Kursus Prosedur Kewangan (Asas)

  5. Kursus Integriti Urus Terbaik Dalam Pengurusan Kewangan Kerajaan

  6. Kursus Pengurusan Kenderaan Kerajaan

  7. Kursus Pemandu Cemerlang

  8. Kursus Pengurusan Mesyuarat

  9. Kursus Pengurusan Rekod Yang Efektif

  10. Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan (Surat Rasmi, Memo dan Emel)

 

ICT:

  1. Digital Marketing

  2. Desktop Publishing Design Software

  3. RBTCS: Get Creative: Microsoft Excel 2016 Step by Step (Intro, Intermediate, Advance)

  4. RBTCS: Infographic Using Powerpoint

Aktiviti / Program

Hubungi Kami

PENGARAH WILAYAH
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Kampus SABAH
Jalan Sulaman-Tuaran
Beg Berkunci 2080
88999 Kota Kinabalu
SABAH

Tel: 088-483500/501
Faks:088-473651

 

E-mel: maklumbalas[at]intansabah[dot]intan[dot]my

pelankampussabah.jpg

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01   x3  

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 506

Bulan Ini : 22194

Keseluruhan : 692201

  • Tarikh Kemaskini: 27 April 2024

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2024 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768