Agenda Nasional

MyDigital

mydigital

Apakah itu MyDIGITAL?

MyDIGITAL adalah satu inisiatif yang melambangkan aspirasi Kerajaan mentransformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang berpacukan pendigitalan dan sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital. Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia menggariskan usaha dan inisiatif dalam mencapai aspirasi MyDIGITAL.

 

Rangka tindakan ini menetapkan trajektori sumbangan ekonomi digital kepada ekonomi Malaysia dan membina asas untuk memacu pendigitalan di seluruh negara, termasuk dalam merapatkan jurang digital.

Mengapa MyDIGITAL?

Mengapa MyDIGITAL? MyDIGITAL dirangka sebagai pelengkap kepada dasar pembangunan negara antaranya Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB 2030). Ekonomi digital telah dikenal pasti sebagai aktiviti pertumbuhan ekonomi utama (KEGA) bagi merealisasikan WKB 2030. Ini adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus membangun secara mampan, seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil serta pertumbuhan yang inklusif dan saksama.

 

Pertumbuhan ekonomi dunia semakin dipacu oleh pendigitalan. Tingkah laku pengguna telah beralih kepada pemilihan urusan yang cepat dan mudah melalui internet dan telefon mudah alih. Pandemik COVID-19 telah menjadikan ekonomi digital semakin penting bagi memastikan kelangsungan aktiviti ekonomi. Penggunaan internet dan kemajuan teknologi telah menyumbang kepada pertumbuhan data yang pesat, yang merupakan komoditi masa hadapan.

 

Walau bagaimanapun, negara akan menghadapi risiko peningkatan jurang digital jika usaha pendigitalan tidak diuruskan dengan baik. Kita mesti menguasai pendigitalan dan meraih peluang yang muncul daripada perubahan ini demi kesejahteraan semua, serta untuk terus kekal relevan dan berdaya saing.

Apa itu ekonomi digital?

Ekonomi digital didefinisikan sebagai aktiviti ekonomi dan sosial yang melibatkan pengeluaran dan penggunaan teknologi digital oleh individu, perniagaan dan kerajaan.

Ke mana hala tuju kita - visi dan outcome?

Menerusi MyDIGITAL, Malaysia akan berjaya menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang berpacukan pendigitalan dan menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital. MyDIGITAL berhasrat membantu rakyat menguasai teknologi untuk meningkatkan kualiti dan taraf hidup.

 

Visi Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia adalah untuk menjadi peneraju serantau dalam ekonomi digital dan mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan.

Rangka Tindakan (Blueprint)
Ekonomi Digital Malaysia

MyDigital

Teks Ucapan Majlis Pelancaran
MyDIGITAL

teks pm MyDigital

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01   x3  

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 366

Bulan Ini : 22054

Keseluruhan : 692061

  • Tarikh Kemaskini: 27 April 2024

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2024 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768