Kampus INTAN Wilayah Timur (INTIM) telah dibina dalam tahun 1979 dan perasmian bangunan telah dilakukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada 27 Ogos 1983 dengan keluasan 52 hektar. Sebagai kampus yang terletak di pesisir pantai Kemaman, Terengganu INTIM menjadi tumpuan penjawat awam untuk mengikuti kursus-kursus semasa dan berimpak tinggi yang ditawarkan.
INTIM ditubuhkan dengan 3 matlamat utama:
Mencapai tujuan decentralization, iaitu semua projek latihan dibahagikan mengikut wilayah;
Menganjurkan projek latihan yang lebih menepati keperluan latihan khusus bagi negeri dan daerah di Wilayah Timur; dan
Memberikan peluang latihan yang saksama dan seimbang bagi kakitangan awam di wilayah berkenaan.
Sebagai salah sebuah institut latihan awam terunggul di pantai timur, INTIM bertanggungjawab melahirkan penjawat awam berprestasi tinggi bagi menjana kecemerlangan sektor awam dan memenuhi ekspektasi ‘stakeholders’ dan pelanggan. Bagi merealisasikan tanggungjawab ini, INTIM menjalinkan hubungan erat dengan pihak Kerajaan-Kerajaan Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan yang sentiasa memberi komitmen penuh terhadap seminar, bicara eksekutif, forum ilmiah dan kursus yang dianjurkan oleh INTIM.
Terkini, INTIM menawarkan latihan dari 4 cabang perkhidmatan latihan utama iaitu:
Pembangunan Eksekutif dan Modal Insan;
Pembangunan Organisasi dan Penyampaian Perkhidmatan;
Pengurusan Kewangan dan Integriti;dan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Penyediaan cabang perkhidmatan latihan ini bertujuan untuk membantu jabatan dan agensi Kerajaan, dalam menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkapasiti tinggi; pemantapan dan pembangunan penyeliaan yang berkesan; serta penambahbaikan terhadap pengurusan organisasi yang memberi keutamaan dalam aspek tadbir urus terbaik. Pengurusan organisasi yang berkualiti, cekap, berkesan dan konsisten ini akan memberi nilai tambah kepada imej korporat sesebuah organisasi dan sekaligus memberi impak yang positif terhadap penyampaian perkhidmatan organisasi kepada pelanggan. Selain itu, kursus ICT berbentuk Role-based Training for Civil Servant (RBTCS) dengan hasrat meningkatkan literasi Teknologi Maklumat di kalangan penjawat awam.
INTIM menawarkan pelbagai jenis program latihan berbentuk kursus, seminar dan projek khas secara dalam talian, hibrid dan juga bersemuka selaras dengan perkembangan dan kehendak pelanggan. Selain itu juga memberikan perkhidmatan konsultasi, khidmat nasihat dan penyelidikan yang dirancang hasil sesi enggagement dan libat urus bersama agensi-agensi utama di Wilayah Pantai Timur.
Pemerkasaan modal insan dalam sektor awam merupakan satu usaha yang berterusan dan perlu dilaksanakan secara berkesan. Justeru, INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) berperanan secara langsung dalam memastikan kursus-kursus yang dilaksanakan memenuhi kehendak pemegang taruh (stakeholders) dan kompeten selari dengan perkembangan semasa dan peralihan teknologi. Sebagai peneraju pusat latihan sektor awam di Pantai Timur, peranan INTIM begitu signifikan dalam memastikan kursus-kursus yang dilaksanakan dapat meningkatkan Sikap, Kemahiran dan Pengetahuan (Attitude, Skills and Knowledge) penjawat awam.
Setiap tahun, terdapat beberapa kursus-kursus baharu yang ditawarkan kepada para peserta. Pengurusan INTIM juga melaksanakan analisis dan pengumpulan data berkaitan kursus bertujuan untuk menilai keberkesanan, sambutan dan sebagai satu usaha penambahbaikan sesuatu kursus. Beberapa siri perbincangan strategik dan libat urus antara pengurusan INTAN dan pemegang taruh seperti Bahagian Perkhidmatan, JPA dan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri-negeri di Pantai Timur juga dilaksanakan dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian, kandungan kursus dan memahami kehendak semasa.
UNIT PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
Kursus Pengurusan Mesyuarat
Kursus MyPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam
Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis
Kursus Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Kursus Persembahan Slaid Efektif & Persembahan Berimpak Tinggi
Kursus Kecerdasan Minda bagi Petugas Barisan Hadapan
UNIT PEMBANGUNAN EKSEKUTIF DAN MODAL INSAN
Kursus Penyeliaan Berkesan (Asas)
Kursus Pengukuhan Pasukan
Kursus Innovation: Do You Want To Be Creative?
Kursus Mastering Innovation Through Design Thinking
Kursus Imej dan Keterampilan
Kursus Bahasa Mandarin Untuk Interaksi Harian
Kursus Language Awareness For Communication Success: Basic Grammar
Program Transformasi Minda (PTM)
UNIT PENGURUSAN KEWANGAN DAN INTEGRITI
Kursus Pengurusan Stor
Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan
Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan
Kursus Etika Kerja: Gamifikasi
Kursus Etika Kerja Perkhidmatan Awam: Peranan Penyelia
Kursus Perakaunan Akruan
Kursus Sistem Pengurusan Aset
Kursus Sistem Pengurusan Stor
ICT
RBTCS: Infographics Using PowerPoint
RBTCS: MICROSOFT Office 2016 Tips & Tricks
RBTCS: Adobe InDesign CS4, CS5, CS6 & CC (Basic – Advanced)
Hari Ini : 1723
Bulan Ini : 13927
Keseluruhan : 921972