Pengenalan

Perpustakaan INTAN Bukit Kiara yang ditubuhkan pada tahun 1984 bersama-sama dengan INTAN Kampus Utama, memainkan peranan penting dalam menyokong visi dan misi INTAN untuk menjadi institusi pembelajaran sektor awam yang terulung, dan membangunkan tenaga kerja sektor awam yang kompeten melalui pembelajaran berkualiti. Perpustakaan INTAN mempunyai tiga (3) fungsi utama iaitu pembangunan sumber maklumat, pengurusan perkhidmatan maklumat dan penyelarasan Pusat Sumber/Perpustakaan INTAN Kampus Wilayah.


Perpustakaan mempunyai koleksi dalam pelbagai bahasa dan format yang relevan kepada pengguna, mungkin termasuk item seperti buku, jurnal, majalah, akhbar tempatan, audio visual, koleksi rujukan khas/terhad, bibliografi, direktori, ensiklopedia, kamus, dan lain-lain. Perpustakaan juga menyediakan akses kepada sumber elektronik termasuk pangkalan data berlesen dalam talian, e-buku dan lain-lain.

Waktu Perkhidmatan

Isnin hingga Khamis : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Jumaat : 8.00 pagi hingga 12.15 tengah hari & 2.45 petang hingga 5.00 petang

Sabtu / Ahad / Cuti Umum : TUTUP

 

 

 

 

Keahlian

Keahlian perpustakaan diberikan secara percuma kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pesara INTAN, peserta kursus dan kakitangan awam. Semua kakitangan INTAN secara automatik menjadi ahli perpustakaan.

Perkhidmatan dan Kemudahan

Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan adalah seperti berikut:

  1. Perkhidmatan Pinjaman dan Pemulangan Bahan.

  2. Perkhidmatan Rujukan dan Penyelidikan.

  3. Pendaftaran Keahlian Perpustakaan.

  4. Sistem Katalog Atas Talian (OPAC) – carian bahan.

  5. Perkhidmatan Digital

    1. JSTOR

    2. e-Book

    3. u-Pustaka

  6. Koleksi Khas

    1. Tesis/Disertasi HLP

    2. Kertas Projek Diploma Pentadbiran Awam (DPA)

    3. Sudut Nukilan Pengarah INTAN

    4. Sudut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

    5. Sudut Surau Ar-Raudhah INTAN

    6. Sudut Biblioterapi

  7. Renjana Ilmu@INTAN.

  1. Akses kepada Internet / Wi-Fi
  2. Perkhidmatan Fotokopi
  3. Bilik Karel
  4. Bilik
  5. Bilik Tayangan
  6. Ruang Bacaan Surat Khabar
  7. Penggunaan Komputer
  8. INTAN Coworking Space
  9. Secangkir Kopi@Perpustakaan

Tempoh Peminjaman Koleksi Perpustakaan

  1. Kelayakan pinjaman koleksi perpustakaan bagi ahli berdaftar adalah seperti berikut:

Bil

Kategori

Kelayakan

Tempoh

1

Warga JPM / JPA / INTAN / Pesara INTAN

10 buah

1 Bulan

2

Course Participants

6 buah

Sepanjang tempoh berkursus

3

Penjawat Awam Persekutuan/Kerajaan/Negeri/badan Berkanun)

6 buah

1 bulan

4

Sistem Pembekalan Penerbitan (Interlibrary Loan)

Institusi - 20 buah

1 Bulan

5

Platform Sistem u-Pustaka

3 buah

1 Bulan

  1. Bahan-bahan yang boleh dipinjam adalah dari semua koleksi rak terbuka kecuali koleksi tesis, disertasi, kertas projek peserta DPA dan koleksi rujukan khas/terhad.

  2. Peminjaman koleksi rak terbuka boleh diperbaharui sebanyak tiga (3) kali dengan syarat bahan tidak ditempah oleh pengguna lain.

  3. Pembaharuan bahan boleh dibuat melalui e-mel atau panggilan telefon.

HUBUNGI KAMI

Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan
Perpustakaan INTAN
Blok F, Aras 1
INTAN Bukit Kiara
No. Telefon : 03-2084 7264
E-mel : ps[at]intanbk[dot]intan[dot]my

 

Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan
Perpustakaan INTAN Cawangan Jalan Elmu
No. Telefon : 03-7966 1529
E-mel : ps[at]intanbk[dot]intan[dot]my

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01   x3  

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 372

Bulan Ini : 22060

Keseluruhan : 692067

  • Tarikh Kemaskini: 27 April 2024

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2024 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768