INTAN Kampus Wilayah Utara (INTURA)

intura

Mengenai Kami

Kampus INTAN Wilayah Utara atau lebih dikenali sebagai INTURA, mula beroperasi di Sungai Petani, Kedah pada bulan April 1983. Berkeluasan 50 ekar, perasmian kampus ini telah disempurnakan pada 21 Julai 1983 oleh DYMM Sultan Kedah pada ketika itu iaitu Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Selaras dengan moto ‘Latihan Untuk Pembangunan’, INTURA menggalas tanggungjawab membangunkan modal insan perkhidmatan awam dengan memberi latihan yang berkualiti dan berkesan dalam pelbagai bidang seperti pengukuhan pasukan, pengurusan, pembangunan diri, kewangan, ICT, kualiti dan etika.

Dalam mengorak langkah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju, pembangunan modal insan perkhidmatan awam telah menjadi agenda penting negara. Ini adalah kerana perkhidmatan awam terpaksa menghadapi pelbagai cabaran baharu yang lebih kompleks dan sentiasa berubah-ubah. Melihat kepada fenomena ini, wujud keperluan terhadap program pengukuhan pasukan yang didapati berupaya mengharmoni matlamat ahli dengan matlamat organisasi bagi membuahkan hasil yang optimum dan berkesan.

Selaras dengan keperluan terhadap program pengukuhan pasukan, INTURA telah dipilih dalam kalangan lima kampus wilayah untuk menjadi Pusat Kecemerlangan Pengukuhan Pasukan. Pelaksanaan Kursus Pengukuhan Pasukan di INTURA diperkukuhkan lagi dengan pembinaan INTAN Leadership Development Park (iLEAD Park) pada tahun 2014 yang mengandungi 15 halangan elemen rendah. Bagi mempelbagaikan lagi aktiviti dalam kursus tersebut, pada tahun 2016, INTAN Challenge Cube (InCUBE) yang mengandungi aktiviti tali tinggi dan bilik gelap telah dibina sebagai salah satu komponen tambahan kepada iLEAD Park.

Kepakaran

PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN

“Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.

 

Pepatah Melayu di atas memberi gambaran betapa pentingnya kekuatan kerja berpasukan. Ini adalah kerana setiap individu dalam satu pasukan mempunyai kompetensi yang berbeza dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan. Jika kompetensi ini diharmonikan, sebuah pasukan yang jitu dan kuat dapat dibentuk dan pastinya pasukan tersebut mampu menghadapi sebarang bentuk cabaran yang mendatang.

 

Menyedari kepentingan kerja berpasukan, INTURA telah dipilih sebagai Pusat Kecemerlangan Pengukuhan Pasukan. Unit Pengukuhan Pasukan, INTURA diberi tanggungjawab untuk menganjurkan program-program yang menekankan semangat ‘camaraderie’ dan menepati objektif yang berikut:

  • Membina jaringan kerjasama yang erat

  • Mempertingkatkan persefahaman, sikap saling menghormati dan semangat setia kawan

  • Memahami peranan dan nilai kepimpinan dalam pasukan untuk mencapai kecemerlangan organisasi

  • Memahami kepentingan berkomunikasi secara berkesan

  • Memperkukuhkan koordinasi, kerjasama dan perhubungan dalam menyelesaikan masalah secara kreatif dan inovatif

Penganjuran program pengukuhan pasukan turut melibatkan aktiviti luar bilik kuliah yang sentiasa terdedah kepada pelbagai risiko. Bagi memastikan keselamatan fasilitator dan peserta berada pada tahap maksimum, setiap fasilitator dibekalkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran berkaitan pertolongan cemas, menyelamat dan pengendalian aktiviti luar.

CARTA ORGANISASI

carta intura

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Di bawah bidang Pengukuhan Pasukan, INTURA menganjurkan dua kursus utama iaitu Kursus Pengukuhan Pasukan dan Kursus Kepimpinan Pasukan. Kedua-dua kursus ini menggunakan pendekatan pembelajaran berdasarkan pengalaman dan pembelajaran luar bilik kuliah, melibatkan empat jenis aktiviti iaitu:

  • Unlocking Silo: Aktiviti eksplorasi diri dan pembentukan kumpulan.

  • Sinergi Kumpulan: Aktiviti permainan pengukuhan pasukan.

  • Cabaran Ikhtiar Hidup: Aktiviti berasaskan ikhtiar hidup seperti perkhemahan, kembara atau berakit.

  • Cabaran iLead-Park: Aktiviti rentas halangan secara berpasukan.

Kursus

Selain itu, INTURA mengendalikan beberapa kursus generik berkaitan penyampaian perkhidmatan, pengurusan kualiti dan produktiviti serta pengurusan kewangan. Antara kursus-kursus yang dianjurkan ialah:

 

  1. Kursus Penyeliaan Berkesan
  2. Kursus Komunikasi dan Persembahan Berkesan
  3. Kursus Pengurusan Tatatertib
  4. Kursus Pengurusan Perhubungan Pelanggan
  5. Bengkel Pengendalian Buku Rekod Perkhidmatan
  6. Kursus Protokol dan Pengurusan Majlis
  7. Kursus Kreativiti di Tempat Kerja
  8. Kursus Pemikiran Kreatif
  9. Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
  10. Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan
  11. Kursus Pengurusan Stor Kerajaan
  12. Kursus Pengurusan Perolehan Kerajaan
  13. INTURA turut menganjurkan Program Transformasi Minda yang merupakan kursus mandatori bagi tujuan pengesahan jawatan penjawat awam.

 

Bagi yang berminat untuk menghadiri kursus anjuran INTURA, sila klik pautan tertera: https://www.dtims.intan.my

Aktiviti / Program

Hubungi Kami

PENGARAH WILAYAH

INTAN Kampus Wilayah Utara
Peti Surat 94
08007 Sungai Petani
Kedah Darul Aman


Tel: 04-421 8321
Faks: 04-421 4489

Emel: maklumbalas[at]intura[dot]intan[dot]my

pelan_lokasi_intura.png

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01   x3  

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 564

Bulan Ini : 22252

Keseluruhan : 692259

  • Tarikh Kemaskini: 27 April 2024

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2024 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768