
KEPIMPINAN LESTARI MENGUPAYA DIRI, MEMIMPIN INSAN, MEMPERKASA ORGANISASI
Buku yang membincangkan tentang teori-teori mengenai kepimpinan dan digarap daripada adunan cetusan idea, pengalaman, pengamatan, perbincangan dan pembacaan penulis mengenai kepimpinan. Buku ini melihat kepimpinan daripada tiga perspektif utama iaitu pembentukan diri sebagai pemimpin (leading self), pemimpin memimpin orang lain (leading others) dan pemimpin memimpin organisasi (leading organization).
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

SETITIK DI LAUTAN: FALSAFAH PEMIKIRAN DAN PENGALAMAN SEORANG PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
Buku yang menceritakan pengalaman seorang pegawai selama hampir 40 tahun berkhidmat atas pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam. Tujuan utama buku ini ditulis adalah untuk memberi pengajaran atau kefahaman kepada generasi baharu yang sedang dan akan berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

TINTA INTAN 2023
Tinta INTAN menjilidkan penulisan terbaik daripada pegawai INTAN yang telah disiarkan dalam ruangan akhbar dan seterusnya dipamerkan di laman sesawang akhbar-akhbar berkenaan. Tinta INTAN 2023 diterbitkan dengan kompilasi 30 artikel yang ditulis oleh 15 orang pegawai INTAN.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

THE EXECUTIVE MINDS 2023
Merupakan satu penerbitan yang mengetengahkan kajian-kajian terpilih yang dihasilkan oleh peserta-peserta kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP). The Executive Minds 2023 memperlihatkan sebanyak 15 kajian yang telah dijalankan oleh peserta kursus ALMP sepanjang tahun 2022.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN 2022
Prosiding Kolokium Penyelidikan 2022 menampilkan 12 artikel terpilih yang diadaptasikan daripada kertas-kertas pembentangan yang dibuat dalam Kolokium Penyelidikan INTAN 2022. Penyumbang artikel merupakan pegawai-pegawai kerajaan yang telah menamatkan pengajian mereka di peringkat Master dan PhD di bawah tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

TRAINER’S DIGEST 2023
Merupakan koleksi artikel-artikel yang ditulis oleh jurulatih INTAN bagi tujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan pegawai-pegawai lain.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

INTAN CASE STUDIES 2023
Merupakan koleksi kajian-kajian kes yang ditulis oleh penjawat awam untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dalam pengendalian kursus-kursus dalaman.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

BUDI BAHASA BUDAYA
Buku ini dianggap oleh penulis sebagai satu sumbangan kecil kepada pembaca dalam usaha untuk mengembalikan roh keperibadian dan kesantunan bangsa Malaysia yang kian luntur dalam kehidupan pasca-normal yang dihadapi. Menerusi kaedah intervensi dan preventif serta tawakal pada peringkat komuniti dan institusi, ianya diharap dapat membantu memberi pencerahan agar pembaca dapat bertemu jalan keluar daripada kemelut kehidupan yang mencabar terutamanya dalam usaha mengecapi kemajuan.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

THE EXECUTIVE MINDS 2022
Merupakan satu penerbitan yang mengetengahkan kajian-kajian terpilih yang dihasilkan oleh peserta-peserta kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP). The Executive Minds 2022 memperlihatkan sebanyak 15 kajian yang telah dijalankan oleh peserta kursus ALMP sepanjang tahun 2021.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

PROSIDING KOLOKIUM PENYELIDIKAN 2021
Prosiding Kolokium Penyelidikan 2021 menampilkan 22 artikel terpilih yang diadaptasikan daripada kertas-kertas pembentangan yang dibuat dalam Kolokium Penyelidikan INTAN 2021. Penyumbang artikel merupakan pegawai-pegawai kerajaan yang telah menamatkan pengajian mereka di peringkat Master dan PhD di bawah tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

KEPIMPINAN EFEKTIF: MERUNGKAI YANG RUMIT
Karya berjudul ‘Kepimpinan Efektif: Merungkai Yang Rumit’ merupakan sebuah cetusan idea mengenai kepimpinan yang dihasilkan oleh Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Datuk Dr. Alauddin bin Sidal. Bertitik-tolak daripada hasrat penulis untuk memecahkan ‘mitos kepimpinan’, buku ini telah dihasilkan agar teori, model dan kemahiran kepimpinan dapat diterangkan dalam naratif yang mudah serta senang difahami. Bagi penulis, kuncinya ialah mempermudahkan sesuatu yang kompleks agar tanggungjawab dan tugas kepimpinan dapat direalisasi dan disempurnakan dengan baik.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

TRAINER’S DIGEST 2022
Merupakan koleksi artikel-artikel yang ditulis oleh jurulatih INTAN bagi tujuan berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka dengan pegawai-pegawai lain.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

INTAN Case Studies 2022
Merupakan koleksi kajian-kajian kes yang ditulis oleh pegawai-pegawai INTAN untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dalam pengendalian kursus-kursus dalaman.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

Memperkasa Tadbir Urus dalam Perolehan Kerajaan: Isu dan Syor
Buku ini telah dihasilkan sebagai rujukan tambahan kepada pegawai Kerajaan dalam menjalankan tugas-tugas perolehan kerajaan dengan amalan tadbir urus terbaik, sama ada di peringkat kementerian, jabatan mahupun agensi. Kandungan buku ini adalah berdasarkan rumusan penemuan dan syor penambahbaikan melalui siasatan dan kajian terhadap beberapa aktiviti perolehan di kementerian/jabatan/agensi yang telah dijalankan dan dibentangkan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

Kepantasan, Profesionalisme dan Integriti - Tunjang Perkhidmatan Awam yang Dinamik
Buku ini mengetengahkan kompilasi teks-teks ucapan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman dari tahun 2020 hingga 2021. Teks-teks ucapan ini disusun mengikut empat tema utama iaitu Penyampaian Perkhidmatan Berkesan; Kepantasan, Profesionalisme Dan Integriti; Digitalisasi dan Patriotisme, yang mendukung aspirasi beliau dalam menerapkan elemen kepantasan, profesionalisme dan integriti dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

Buku Mewah INTAN 60 Tahun
Buku ini merupakan rangkuman perjalanan 60 tahun Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) sempena sambutan jubli intannya. Menampilkan gambar-gambar terpilih, buku ini turut mengongsikan nilai-nilai yang memandu pengalaman dan pencapaian INTAN justeru pembaca akan dapat mengetahui proses perubahan dan pembangunan INTAN termasuklah individu-individu yang menyumbang kepada proses tersebut selama tempoh kewujudan 60 tahun INTAN.

Buku Dasar-Dasar Negara Malaysia - Jilid 2
Buku Dasar-Dasar Negara Malaysia Jilid Dua telah diterbitkan pada pertengahan tahun 2021 oleh Kluster Pengajian Dasar Awam dan Governan, INTAN Bukit Kiara. Buku ini merupakan kesinambungan daripada Buku Dasar-Dasar Negara Jilid Pertama yang telah diterbitkan pada tahun 2019 dan mengandungi 14 dasar utama Kerajaan. Dasar-dasar tersebut disusun mengikut lima sektor utama iaitu: sektor ekonomi; sektor keselamatan; sektor infrastruktur, kesihatan dan pendidikan; sektor luar bandar, wilayah persekutuan dan kerajaan tempatan; dan sektor sains dan teknologi. Penerbitan Buku Dasar-Dasar Negara Malaysia Jilid Dua merupakan satu pendekatan dalam menyebarluaskan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan dan sebagai medium perkongsian maklumat bagi mendekatkan jurang antara orang ramai dengan Kerajaan.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

Legasi Kepimpinan Datuk Seri Borhan Bin Dolah, KPPA Ke-23
Legasi Kepimpinan Datuk Seri Borhan bin Dolah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam ke-23 adalah hasil daripada jalinan idea, usaha, kerjasama, dan kesungguhan anggota dari pelbagai lapisan bagi penghasilan sebuah penceritaan dan perjalanan hidup seorang pegawai yang berdedikasi tinggi dan mempunyai daya kepimpinan yang disanjungi ramai. Buku ini merekodkan pelbagai pengalaman dan pencapaian YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah sepanjang 35 tahun beliau menyumbang bakti di dalam Perkhidmatan Awam.

Koleksi Teks Ucapan KPPA Datuk Seri Borhan Bin Dolah
Koleksi Teks Ucapan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Datuk Seri Borhan bin Dolah diterbitkan adalah bertujuan untuk menghimpunkan koleksi teks-teks ucapan beliau sepanjang menerajui jawatan selaku Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang ke-23 mulai tempoh Julai 2018 sehingga September 2019.

Strategic Leaders - Shaping the Future
Book Review: Strategic Leaders—Shaping the Future menghimpunkan seleksi resensi buku terpilih oleh peserta kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) tahun 2015. Ulasan-ulasan yang diberikan membolehkan pembaca melihat aspek kepimpinan dan pengurusan dari pelbagai perspektif. Menerusi buku ini INTAN berharap dapat memainkan peranannya dalam usaha memupuk kepimpinan dan pengurusan yang berkualiti dikalangan penjawat awam khususnya.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

Menelusuri Tujuh Prakarsa Utama Dasar Transformasi
Buku bertajuk Menelusuri Tujuh Prakarsa Utama Dasar Transformasi ini ditampilkan sebagai bahan bacaan tentang pelaksanaan inisiatif-inisiatif transformasi ekonomi, pentadbiran, sosial dan digital di bawah Dasar Transformasi Nasional yang boleh dijadikan rujukan segera pelbagai pihak.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

Kepimpinan Transformatif: Menerokai Trajektori Baharu
Naskhah berjudul Kepimpinan Transformatif: Menerokai Trajektori Baharu merupakan himpunan (8) buah korpus ilmiah karya para Felo Penyelidik Kanan INTAN dalam mendiskusi bidang kepimpinan merangkumi model, teori, gaya, penjenamaan dan aplikasi – merentasi pelbagai spektrum dan dimensi, khususnya dalam perkhidmatan awam. Naskhah ini menawarkan perspektif baharu kepada penjawat awam dalam memahami dan mendalami pendekatan, pengaplikasian serta pengadaptasian model kepimpinan transformatif ke arah memperkasa penyampaian perkhidmatan awam.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

Panduan Tadbir Urus Akaun Amanah Sektor Awam: Dengan Rujukan Kepada Tadbir Urus Akaun Amanah, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Penerbitan ini merupakan garis panduan yang meliputi penerangan mengenai peruntukan, prosedur dan tatacara pengurusan Akaun Amanah INTAN berdasarkan sumber-sumber seperti Akta Tatacara Kewangan 1957 dan dokumen 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP) yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia. Panduan ini diterbitkan untuk memberi manfaat kepada penjawat awam, khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam mengurus dan mentadbir Akaun Amanah dalam organisasi sektor awam.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

Semerah Darah Seputih Tulang: Patriotisme Merentas Kehidupan
Karya berjudul ‘Semerah Darah, Seputih Tulang: Patriotisme Merentas Kehidupan’ merupakan sebuah cetusan idea mengenai kecintaan terhadap negara yang dihasilkan oleh Felo Penyelidik Kanan INTAN, Dr. Alauddin bin Sidal. Inspirasi daripada buku ini menterjemahkan semangat patriotisme yang perlu bermula dengan rasa kebersamaan iaitu hormat-menghormati dan saling menerima sebagai sendi kesepaduan. Dalam hal ini, pendidikan, penerapan, pengamalan dan penghayatan patriotisme perlu dipupuk, disusuli dan diperkasa sepanjang hayat. Manakala usaha membangunkan semangat patriotisme ini perlu dijadikan tanggungjawab semua pihak, merentasi setiap segmen dan institusi kehidupan.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

INTAN MANAGEMENT JOURNAL
Vol. 19, No. 1, 2023
Journal of Economics and Policy merupakan penerbitan tahunan INTAN yang mengetengahkan isu berkaitan Ekonomi, Perniagaan, Kewangan dan Dasar Awam. Edisi keempat jurnal ini memaparkan empat artikel yang menyentuh isu penting dan terkini seperti: kesan daripada perubahan dalam kadar tukaran mata wang dan harga minyak ke atas inflasi; motivasi kerja dalam kalangan kadet PTD; kesan pandemik COVID-19 terhadap isi rumah berpendapatan rendah; dan pengurusan perubahan dalam sektor awam. Pada tahun ini, proses semakan telah dipertingkatkan lagi untuk memastikan penerbitan berkualiti tinggi dengan pengulas dilantik daripada ahli akademik pelbagai universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Putra Business School.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

Journal of Economics and Policy
Vol. 4, No. 1, 2021
Journal of Economics and Policy merupakan penerbitan tahunan INTAN yang mengetengahkan isu berkaitan Ekonomi, Perniagaan, Kewangan dan Dasar Awam. Edisi keempat jurnal ini memaparkan empat artikel yang menyentuh isu penting dan terkini seperti: kesan daripada perubahan dalam kadar tukaran mata wang dan harga minyak ke atas inflasi; motivasi kerja dalam kalangan kadet PTD; kesan pandemik COVID-19 terhadap isi rumah berpendapatan rendah; dan pengurusan perubahan dalam sektor awam. Pada tahun ini, proses semakan telah dipertingkatkan lagi untuk memastikan penerbitan berkualiti tinggi dengan pengulas dilantik daripada ahli akademik pelbagai universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Putra Business School.

INTAN Management Journal
Vol. 17, 2021
INTAN Management Journal (IMJ) merupakan penerbitan tahunan utama bagi INTAN. Jurnal ini mengetengahkan kajian-kajian empirikal khususnya yang dihasilkan oleh Felo-felo Penyelidik Kanan dari Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar. IMJ juga turut memuatkan hasil-hasil kajian yang dilakukan oleh pegawai INTAN dari Kluster lain dan juga dari agensi luar. The INTAN Management Journal Vol. 17, 2021 mengandungi sembilan kajian yang menyentuh pelbagai aspek termasuk penyampaian perkhidmatan, pengaruh media sosial, kewangan peribadi, tadbir urus, pembelajaran dan pembangunan serta kesejahteraan.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

INTAN Management Journal
Vol. 16, 2020
INTAN Management Journal (IMJ) merupakan penerbitan tahunan utama bagi INTAN. Jurnal ini mengetengahkan kajian-kajian empirikal khususnya yang dihasilkan oleh Felo-felo Penyelidik Kanan dari Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar. IMJ juga turut memuatkan hasil-hasil kajian yang dilakukan oleh pegawai INTAN dari Kluster lain dan juga dari agensi luar. The INTAN Management Journal Vol .16, 2020 mengandungi 11 kajian yang menyentuh pelbagai aspek termasuk isu laluan kerjaya PTD, keberkesanan program Rukun Tetangga, masalah kesihatan mental di kalangan remaja serta isu-isu pengurusan awam dan kepimpinan.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

INTAN Management Journal
Vol. 15, No. 1, 2019
INTAN Management Journal (IMJ) merupakan satu daripada penerbitan tahunan INTAN yang utama. Jurnal ini mengetengahkan hasil kajian-kajian empirikal yang telah dilaksanakan oleh Felo-felo Penyelidik Kanan INTAN dan juga pegawai INTAN serta penyelidik dari jabatan atau agensi lain. INTAN Management Journal Vol. 5, No. 1, 2019 menampilkan lapan artikel kajian tentang pelbagai isu termasuk keselamatan ICT, ancaman bukan tradisional dan tadbir urus kolaboratif.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

INTAN Management Journal
Vol. 15, No. 2, 2019
INTAN Management Journal (IMJ) merupakan satu daripada penerbitan tahunan INTAN yang utama. Jurnal ini mengetengahkan hasil kajian-kajian empirikal yang telah dilaksanakan oleh Felo-felo Penyelidik Kanan INTAN dan juga pegawai INTAN serta pegawai dari jabatan atau agensi lain. INTAN Management Journal Vol. 5, No. 2, 2019 menampilkan sembilan artikel kajian tentang pelbagai isu termasuk pengekalan bakat dalam perkhidmatan awam, inovasi dan prestasi perniagaan, kepimpinan dan tahap kebolehpercayaan penjawat awam serta struktur pendapatan dan pengaruh aktiviti ekonomi tambahan terhadap pendapatan pesawah di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Terengganu Utara (IADA KETARA).
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

Journal of Economics and Policy
Vol. 2, No. 1, 2017
Berkesinambungan dengan keluaran pertama, keluaran kedua Jurnal Ekonomi dan Dasar (Journal of Economics and Policy) memaparkan artikel yang membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Ekonomi, Perniagaan, Kewangan, dan Dasar Awam.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

Jurnal Penyelidikan INTAN
Jilid 2, Bilangan 1/2016
Jurnal Penyelidikan INTAN Jilid 2, Bilangan 1/2016 menghimpunkan sembilan (9) wacana akademik yang telah disumbangkan oleh para pegawai awam daripada pelbagai spektrum tugas dan aparatus institusi dengan menggarap bidang-bidang fokus yang digariskan di bawah Bab 3 (Memperkukuh Inklusiviti ke arah Masyarakat Saksama) dan Bab 9 (Mentransformasi Perkhidmatan Awam Untuk Produktiviti), Rancangan Malaysia Kesebelas. Menyahuti aspirasi inklusiviti, tiga artikel telah mengungkapkan strategi penggemblengan semangat kesukarelawanan, pemerkasaan ekonomi golongan wanita dan mendaya upaya warga emas. Manakala sebanyak enam artikel lagi dapat dikelompokkan ke dalam enklaf transformasi perkhidmatan awam yang meliputi pelaksanaan latihan, pengukuhan kompetensi, kepentingan tadbir urus cemerlang, pemantapan nilai murni, pengukuhan patriotisme dan persediaan persaraan.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

Introspeksi Minda: Tadbir Urus Baharu Membuka Paradigma
Introspeksi Minda: Tadbir Urus Baharu Membuka Paradigma merupakan sebuah naskhah yang merangkumi lapan (8) artikel yang membahaskan isu-isu kritikal tadbir urus yang meliputi tiga spektrum utama iaitu bakat dan organisasi; ekonomi dan perdagangan; serta sosial, persekitaran dan perbandaran. Artikel-artikel oleh para Felo Penyelidik Kanan INTAN ini turut memberi saranan strategik yang boleh dipelajari, diaplikasi mahupun diadaptasi dalam melonjakkan kapabiliti penyampaian perkhidmatan awam yang berfokuskan kepentingan rakyat. Naskhah ini juga menawarkan perspektif baharu kepada penjawat awam dalam memahami kehendak stakeholder, memberi nilai tambah kepada perkhidmatan, sekali gus menganjak prestasi penyampaian perkhidmatan awam melangkaui jangkaan rakyat.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

INTAN Management Journal
Vol.13, No.1, 2016
Perkhidmatan awam menggalas tanggungjawab penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesebelas dan peralihan Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju berpendapatan tinggi. Dalam penerbitan pada kali ini, INTAN Management Journal Vol.13, No.1, 2016 membawakan kepada para pembaca sebanyak tujuh (7) buah artikel yang membawa tema pemindahan pengetahuan, penguasaan Bahasa Inggeris, penyampaian perkhidmatan dan penggunaan media sosial dalam memperkasa perkhidmatan kepada rakyat. Edisi ini diharap dapat menawarkan perkongsian ilmu dan kemahiran, untuk meningkatkan standard penyampaian perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

Minda Eksekutif: Koleksi Kajian Terbaik ALMP INTAN Jilid 2 Bil.1/Tahun 2016
Selaras dengan usaha memastikan penyampaian perkhidmatan yang profesional dan berorientasikan rakyat, Minda Eksekutif: Koleksi Kajian Terbaik ALMP INTAN Jilid 2 Bil.1/Tahun 2016 diterbitkan untuk menyebar luas penemuan-penemuan kajian mengenai isu dan pembaharuan yang telah dilaksanakan dalam perkhidmatan awam melalui garapan sembilan (9) buah artikel terbaik para peserta Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) INTAN. Penerbitan ini menawarkan kupasan isu dan penyelesaian meliputi sektor perkhidmatan sosial, kesihatan, logistik, perumahan, kewangan, perundangan, pengurusan halal dan pertahanan awam untuk menjadi panduan kepada agensi-agensi perkhidmatan awam dalam menyemarakkan penambahbaikan kualiti dan keefisienan penyampaian perkhidmatan.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259

Jurnal Penyelidikan INTAN
Jilid 1, Bilangan 1/2015
Jurnal Penyelidikan INTAN merupakan sebuah wacana akademik dalam bidang penyelidikan yang dilaksanakan oleh penjawat awam termasuk pegawai INTAN. Inisiatif penerbitan ini adalah sebagai langkah mempergiat usaha-usaha penyelidikan ke arah menyebar luas pengetahuan dan membangunkan kepakaran, selaras dengan Teras Strategik Pertama, Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam yang menekankan keperluan membangun penjawat awam yang bertenaga, berilmu, berwibawa, kompeten, inovatif dan produktif.
Buku ini boleh didapati di :
Sasana Pustaka INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Tel : 03- 2084 7269 / 7259
Kampus INTAN Wilayah Timur (INTIM)
Penerbitan Buletin Zoom@INTIM menyediakan medium perkongsian dan penyebaran maklumat mengenai program penting, aktiviti, dan projek yang telah berlangsung di INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM). Buletin ini bertujuan untuk melaporkan acara menarik, kursus latihan, seminar dan program dalaman INTIM.
Penerbitan ini merupakan salah satu medium perkongsian dan penyebaran hadis-hadis sahih dan amalan-amalan yang dituntut dalam Bulan Ramadan kepada semua warga INTAN di samping menyemarakkan Ramadan melalui peringatan dan saranan amalan yang dapat dilaksanakan sepanjang bulan suci tersebut.
Lantera Timur merupakan himpunan penulisan artikel hasil nukilan dan pencernaan ilmu warga INTIM di pelbagai peringkat jawatan. Melalui penulisan artikel, pegawai-pegawai INTAN dapat berkongsikan pemahaman dan kemahiran dalam kaedah-kaedah membuat sorotan literatur, latar belakang topik yang hendak ditulis, masalah berkaitan, implikasi berkaitan dan juga membina cadangan penambahbaikan dalam konteks topik berkaitan.
Kampus INTAN Wilayah Utara (INTURA)
Selaras dengan motto 'Memacu Transformasi Melalui Pembelajaran', Berita@INTURA; merupakan inisiatif INTURA untuk berkongsi berita, maklumat dan ilmu dengan pembaca. Pelbagai kolum menarik dimuatkan dalam Berita@INTURA; meliputi Aktiviti@INTURA , Artikel Pilihan, Bahan Bacaan Pilihan, Gelagat@INTURA, Hadis Pilihan, Tahukah Anda dan Kursus Berjadual Semasa. Berita@INTURA ini diterbitkan setiap bulan.