Polisi E-Penyertaan

Objektif E-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. INTAN amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:
 
1

Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.

2

Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.

3

Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.

4

Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.

5

Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.

6

Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain

7

DILARANG menggunakan ruangan E-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.

8

Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

9

Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan E-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

10

Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.

11

Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.

Tarikh Kemaskini: 31 Disember 2021

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01   x3  

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 542

Bulan Ini : 22230

Keseluruhan : 692237

  • Tarikh Kemaskini: 27 April 2024

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2024 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768