Pusat Penyelidikan dan Konsultasi (PPK)

Mengenai Kami

Pusat Penyelidikan dan Konsultasi berperanan sebagai research wing INTAN yang bertumpu kepada aktiviti penyelidikan dan penerbitan dalam usaha untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam. Fungsi utama Pusat Penyelidikan dan Konsultasi adalah seperti berikut:

  • Melaksanakan kajian dan penyelidikan tentang isu-isu dalam perkhidmatan awam;
  • Menulis/menyunting artikel dan menyelaras bahan penerbitan berkaitan perkhidmatan awam serta lain-lain arahan dari masa ke semasa;
  • Menulis/menyunting kandungan kajian kes tentang isu-isu dalam perkhidmatan awam;
  • Memberi khidmat rundingan secara dalaman atau luaran INTAN;
  • Melaksanakan urusan pengurusan, pentadbiran am, kewangan dan sumbur manusia
  • Menyelaraskan input dan kandungan buku bawah bidang kuasa Pusat sebelum proses penerbitan oleh Pejabat Pendaftar;
  • Merancang, mengurus dan mengawal sumber kewangan, sumber manusia dan pentadbiran unit.

Penerbitan

Penerbitan jurnal, buku, laporan dan kajian kes merupakan salah satu fungsi utama Pusat Penyelidikan dan Konsultasi . Usaha penerbitan ini dilakukan secara berkala dan tidak berkala mengikut keperluan sebagai memperlihatkan peranan INTAN sebagai sebuah institusi pembelajaran awam yang bertanggungjawab dalam melatih dan membangunkan modal insan sektor awam yang kompeten. Senarai penerbitan berkala merangkumi:

01

INTAN Management Journal

Merupakan jurnal flagship INTAN yang memuatkan kajian-kajian empirikal yang dibuat oleh pegawai awam dari dalam dan luar INTAN.
02

INTAN Trainer’s Digest

Penerbitan yang mengetengahkan pengalaman dan pengetahuan pegawai dan jurulatih INTAN dalam pelbagai aspek bagi tujuan perkongsian maklumat dan pengetahuan dengan seluruh warga INTAN.
03

INTAN Case Studies

Koleksi berbentuk kes yang ditulis oleh pegawai INTAN untuk kegunaan dan manfaat pegawai-pegawai awam yang menghadiri pelbagai kursus di INTAN.
04

INTAN Executive Minds

Koleksi kertas-kertas kajian terbaik yang dipilih daripada siri kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) yang telah diadakan pada tahun sebelumnya.
05

Prosiding Kolokium Penyelidikan

Koleksi kertas-kertas pembentangan peserta Kolokium Penyelidikan INTAN yang terdiri daripada pegawai-pegawai awam yang telah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dan PhD.
06

Tinta INTAN

Koleksi artikel-artikel yang ditulis oleh pegawai-pegawai INTAN yang telah disiarkan dalam akhbar-akhbar utama.

KOLOKIUM PENYELIDIKAN (RC)

Kolokium Penyelidikan merupakan salah satu wadah perkongsian kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh penjawat awam yang telah menamatkan pengajian mereka menerusi tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan lain-lain kemudahan penajaan JPA. Kolokium Penyelidikan (KP) adalah berlandaskan kepada prinsip utuk membudaya dan mengembangkan amalan keilmuan serta penyelidikan dalam sektor awam, dimana mutiara keilmuan yang terbina dapat digunapakai dan diterjemahkan ke dalam dasar-dasar negara

Kajian

Bagi menyokong aktiviti penyelidikan, Pusat Penyelidikan dan Konsultasi menjalankan kajian dan aktiviti berasaskan kajian sama ada secara perseorangan atau secara berpasukan. Hasil kajian yang dijalankan oleh Felo-Felo Penyelidik Kanan INTAN didokumentasi dan diterbitkan secara berkala dalam INTAN Management Journal.

Carta Organisasi

PPK

Aktiviti / Program

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Seminar

Kolokium Penyelidikan

HUBUNGI KAMI

KETUA PUSAT

Pusat Penyelidikan dan Konsultasi
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-2084 7360 / 7436 / 7372
Emel: penyelidikan[at]intanbk[dot]intan[dot]my

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01    

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 357

Bulan Ini : 2288

Keseluruhan : 387811

  • Tarikh Kemaskini: 31 Mei 2023

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2022 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768