
Mengenai Kami
INTAN Kampus Sarawak (INSARA) dahulunya dikenali sebagai INTAN Wilayah Timur Laut (INTILA). INTILA mula beroperasi di Tingkat 17, Pejabat Setiausaha Persekutuan, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, Kuching pada tahun 1999 sebelum berpindah ke Bangunan Sementara di No. 37, Jalan Badrudin, Kuching.
INTILA ditubuhkan hasil dari keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Januari 1999. INTILA telah dilancarkan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Abdul Halim bin Ali, Ketua Setiausaha Negara di Kuching, Sarawak pada 26 Mac 1999. Penubuhan INTILA bertujuan bagi mengendalikan program-program latihan secara khusus untuk memenuhi keperluan latihan penjawat awam Persekutuan di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Pada 26 Mac 2001, nama INTILA telah ditukar kepada INTAN Malaysia Sarawak selaras dengan penubuhan sebuah kampus baharu iaitu INTAN Malaysia Sabah di Kota-Kinabalu, Sabah. Dengan penubuhan kampus tersebut, keperluan latihan penjawat awam Persekutuan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berpusat di sana berbanding sebelum ini dilaksanakan oleh INTILA.
Pada 9 April 2003, INTAN Malaysia Sarawak dijenamakan semula kepada INTAN Kampus Wilayah Sarawak (INSARA). INSARA telah berpindah ke kampus tetap di Kota Samarahan, Sarawak dan beroperasi sepenuhnya pada 18 Ogos 2011.
Kepakaran
Selaras dengan matlamat kerajaan dalam meningkatkan keupayaan modal insan perkhidmatan awam dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, setiap kampus wilayah telah diberikan tanggungjawab sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence – COE).
INSARA berperanan sebagai Pusat Kecemerlangan Barisan Hadapan sejak tahun 2013 di mana fokus utama adalah melatih penjawat awam di kalangan petugas barisan hadapan yang berkhidmat secara langsung dengan orang ramai khususnya perkhidmatan pelanggan. Hal ini bertujuan bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam berada di tahap yang cemerlang.
Dalam menyediakan modal insan yang berkompetensi tinggi, INSARA juga melatih penjawat awam ke arah tadbir urus perkhidmatan awam yang baik. Antaranya pengurusan kewangan, pengurusan stor dan aset, nilai dan etika, imej dan keterampilan, kreativiti dan inovasi serta pengurusan majlis.
CARTA ORGANISASI

PROGRAM YANG DITAWARKAN
Kursus di INSARA dikendalikan oleh Seksyen Latihan melibatkan Unit Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan, Unit Pengurusan Kepimpinan, dan Unit Kemajuan Pengurusan dan Inovasi.
Komponen utama kursus yang ditawarkan meliputi petugas barisan hadapan, pengurusan pejabat dan kewangan, pembangunan modal insan, kreativiti dan inovasi, dan pengurusan sistem maklumat (ICT).
Petugas Barisan Hadapan
- Komunikasi Berkesan
- Komunikasi Non-Verbal
- Petugas Barisan Hadapan Yang Berkaliber
- Kecerdasan Minda Petugas Barisan Hadapan
- Protokol dan Etiket Sosial
- Menangani Kerenah Pelanggan
- Pengurusan dan Pengacaraan Majlis
- Pengurusan Perkhidmatan Pelanggan
- Pengurusan Majlis Rasmi Kerajaan
- Enhancing Service Delivery: English For Customer Service
Pengurusan Pejabat dan Kewangan
- Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan
- Tatacara Pengurusan Perolehan Awam
- Pemantapan Pengendalian Hal-Hal Perkhidmatan
- Pengurusan Sistem Rekod Yang Efektif
- Pemantapan Pengurusan Kewangan Untuk Ketua Jabatan/Pusat Tangungjawab (PTJ)
- Tatacara Pengurusan Stor
- Human Resource Champion: Gaji, Elaun dan Kemudahan Lain
- Pengurusan Mesyuarat
- Pengurusan Buku Perkhidmatan Kerajaan
Pembangunan Modal Insan
- Penyeliaan Berkesan (Asas)
- Pembangunan Diri dan Motivasi
- Future Thinking Scenario Planning (FTSP)
- Kepimpinan Transformatif dan Pengurusan Organisasi, 1.0 (TLOM 1.0)
- Pengukuhan Pasukan
- Pengucapan Awam
- Imej dan Keterampilan
- Profesionalisme Diri Unggul
- Etika Kerja dalam Perkhidmatan Awam: Peranan Penyelia
- Human Resource Champion: Pengurusan Tatatertib
- Pengurusan Masa
- Pemandu Cemerlang
Kemajuan Pengurusan dan Inovasi
- Befikir Di Luar Kotak
- Pemikiran Kreatif
- Kreativiti Di Tempat Kerja
- Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
- Mastering Innovation Through Design Thinking
- Horizon Baharu Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK)
- MyPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam
Pengurusan Sistem Maklumat (ICT)
- Improving Workflow for Data Management
- Maximizing Power Pivot Analysis
- Creating Fillable and Protected Form for Data Automation
- Dashboard Reporting
Bagi yang berminat untuk menghadiri kursus anjuran INSARA, sila klik pautan tertera: https://www.dtims.intan.my
Aktiviti / Program











