Ahad, 19 Januari 2025
19 Rejab 1446
A- A A+
 
 
 
 

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA)

mappa

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-19 (MAPPA XIX) pada 16 Ogos 2024 yang turut dihadiri oleh hampir 10 ribu penjawat awam daripada pelbagai skim perkhidmatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

 

Majlis yang bertemakan Perkhidmatan Awam MADANI turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abd. Aziz.

 

MAPPA yang telah dianjurkan sejak tahun 2000 merupakan plafform penting untuk YAB Perdana Menteri menyampaikan amanat untuk mereformasikan sektor perkhidmatan awam ke arah perkhidmatan yang lebih cekap dan produktiviti.

 

Dalam amanat beliau dalam MAPPA XIX tadi, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Sistem Saraan Malaysia (SSM) diganti kepada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan berkuat kuasa 1 Disember 2024.

 

SSPA mengandungi semangat Reformasi Perkhidmatan Awam yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan agenda Malaysia MADANI yang berteraskan aspek prestasi. Tiga ikhtiar bagi mencapai maksud ini adalah meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam, meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan dan meningkatkan daya saing negara.

 

Pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan kerajaan juga merupakan satu pengiktirafan kepada penjawat awan namun perlu dipikul dengan tanggungjawab yang tinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini sila hubungi:

 

Unit Pengurusan Kualiti dan Majlis
Pejabat Pendaftar
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara,
Jalan Bukit Kiara,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2084 7237
Emel: upkm[at]intanbk[dot]intan[dot]my

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01   x3  

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 547

Bulan Ini : 22680

Keseluruhan : 963662

  • Tarikh Kemaskini: 17 Januari 2025

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2024 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768