Penilaian Kemahiran Bahasa Inggeris (ELPA)

almp

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menawarkan Penilaian Kemahiran Bahasa Inggeris (ELPA), khas untuk menilai pengunaan bahasa Inggeris di tempat bertugas pegawai-pegawai perkhidmatan awam. Hingga kini, lebih daripada 10,000 pegawai bermula dari Gred 41 dan ke atas dari pelbagai skim perkhidmatan telah menduduki penilaian ini.

Pembangunan ELPA

ELPA diperkenalkan pada tahun 1998 untuk menilai pegawai-pegawai dari kumpulan pengurusan dan professional  iaitu Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Penilaian ini dijalankan oleh Unit Bahasa Inggeris, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan dibangunkan bersama dengan pakar-pakar Penilai dari University of Reading, United Kingdom bermula dari tahun 1997 hingga tahun 2000.

Komponen Ujian ELPA

Penilaiaan ELPA mengandungi tiga komponen: Bacaan, Penulisan, dan Pertuturan. Setiap komponen telah direka bentuk dengan teliti untuk menguji pengunaan Bahasa Inggeris di tempat kerja pegawai dari pelbagai keadaan dan latar belakang.

Rasional Membangunkan ELPA

Seperti penilaian bahasa-bahasa lain yang bertujuan untuk menilai pengunaan bahasa yang diperlukan dalam tugas harian pegawai-pegawai. Penilaiaan ELPA memberi fokus kepada kemahiran bahasa Inggeris spesifik mengikut keperluan pengunaan Bahasa Inggeris di setiap jabatan dan kementerian dalam sektor awam. Rasional penilaian ini ialah untuk meletakkan satu meknisma yang dapat membantu INTAN, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan agensi-agensi lain untuk menilai pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam dalam kemahiran berbahasa Inggeris sebagai satu instrumen penentuan untuk memudahkan perancangan yang tepat yang menentukan penempatan dan latihan mereka. Penilaian ini adalah unik dan mempunyai kelainan. Ianya adalah terulung dan yang pertama seumpamanya dibangunkan kerana ianya dicipta khas untuk sektor perkhidmatan awam Malaysia. Semasa pembangunannya, beberapa perkara telah diusahakan secara berperingkat, antaranya adalah membuat kajian secara mendalam dan terperinci tentang keperluan bahasa, merekabentuk spesifikasi penilaiaan, membangun dan membuat beberapa bidang pengujian selama beberapa tahun sebelum penilaiaan pertama dilancarkan pada tahun 1998. Peringkat-peringkat ini perlu dilakukan untuk mendapat bukti sahih dan kukuh yang ditetapkan untuk menilai populasi yang telah dikenalpasti.

Penyesuaian Semula Tujuan ELPA

Walaupun pada awalnya tujuan Penilaian Kecekapan Bahasa Inggeris (ELPA) dibangunkan untuk menilai pegawai-pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD, namun begitu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mewujudkan satu perubahan dasar untuk memperluaskan penggunaan ELPA yang dibuka kepada perkhidmatan-perkhidmatan lain bertujuan menangani dua isu penting. Isu pertama pertama adalah kerana lahirnya kebimbangan pada kelemahan yang dapat dilihat dalam penguasaan Bahasa Inggeris oleh pegawai-pegawai dari pengurusan tahap rendah dan pertengahan yang dilihat sebagai menjejaskan tahap kompetitif pegawai-pegawai dalam hal-hal pentadbiran dan pengurusan awam. Selain daripada itu, sebab penyesuaian semula tujuan penilaian ELPA adalah untuk memenuhi matlamat penilaian berasaskan kompetensi dizahirkan dari pengenalan satu pakej imbuhan gaji yang komprehensif yang merangkumi empat komponen teras iaitu:

 

  1. Penambahbaikan syarat-syarat perkhidmatan,

  2. Modifikasi kepada struktur gaji,

  3. Peningkatan peluang-peluang kemajuan kerjaya dan

  4. Penilaian kepada tahap-tahap kompetensi.


Sebagai salah satu usaha penambahbaikan berterusan dari segi kesahihan menterjemahkan tafsiran-tafsiran skor penilaian, satu kajian berskala besar dan terperinci telah dilaksanakan pada tahun 2008 untuk mengkaji keberkesanan penyesuaian semula tujuan ELPA. Jadual berikut menunjukkan skim-skim perkhidmatan yang telah menggunakan penilaian ELPA sejak diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 1998.


Pada 21 Disember 2016, JPA telah memperkenalkan satu pekeliling baru iaitu PP Bil. 8/2016 yang memberi mandat kepada INTAN sebagai pihak ketiga yang bertanggungjawab untuk menjalankan penilaian Bahasa Inggeris kepada pegawai-pegawai mereka. Seterusnya pekeliling ini akan memberi kesan kepada prospek kerjaya pegawai-pegawai awam persekutuan yang merentasi 28 skim perkhidmatan dan merangkumi tahap-tahap Gred 4 yang menggariskan proses dan prosedur serta pra-syarat bagi kementerian-kementerian dan agensi-agensi untuk mempercepatkan kemajuan kerjaya laluan secara pantas (fast track) bagi mengiktiraf pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berpotensi tinggi iaitu memiliki daya kepimpinan, pemikiran dan komunikasi aras tinggi ke jawatan strategik sebagai salah satu langkah untuk memberi ganjaran kepada penjawat-penjawat awam yang amat berbakat dan kompeten. Kini dengan adanya pekeliling ini penggunaan Penilaian Kecekapan Bahasa Inggeris (ELPA) sebagai instrumen saringan yang pertama untuk tujuan kenaikan pangkat segera adalah dianggap rasmi dan telah mula dilaksanakan pada tahun 2015. JPA mengiktiraf kepentingan untuk mewujudkan/membangunkan sekumpulan pegawai-pegawai yang amat berpotensi/berbakat yang mampu menyandang jawatan-jawatan strategik yang lebih tinggi apabila diperlukan. Walaupun ELPA digunakan sebagai instrumen tapisan yang pertama sebagai ramalan awal kejayaan dalam jawatan-jawatan strategik kepimpinan yang lebih tinggi namun pihak tertinggi JPA percaya bahawa pegawai-pegawai yang dipilih atau disaring untuk jawatan-jawatan tersebut mestilah mempunyai tahap kompetensi Bahasa Inggeris yang tinggi untuk membolehkan mereka berfungsi dengan efisien/cekap dalam jawatan-jawatan yang mereka sandang.

Aktiviti

Hubungi Kami

Perunding Latihan Kanan
Unit Penilaian dan Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Inggeris
Kluster Kecemerlangan Bahasa
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Elmu Off Jalan Prof Diraja Ungku Aziz
59100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-7966 1413

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01   x3  

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 409

Bulan Ini : 22097

Keseluruhan : 692104

  • Tarikh Kemaskini: 27 April 2024

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2024 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768