Mengenai Kami
Selari dengan perkembangan pesat INTAN sebagai Institut Latihan Awam (ILA) primer negara, Pejabat Pendaftar bertanggungjawab dalam merancang, mengurus serta melaksanakan pengoperasian dan tadbir urus INTAN agar kekal efisien.
Antara komponen tuntas dikawal selia oleh Pejabat Pendaftar termasuklah, pengurusan dan pembangunan sumber manusia, pengurusan kewangan, penyelenggaraan dan pembangunan, khidmat sokongan, domestik, percetakan dan penerbitan serta sumber maklumat.
Berikut adalah unit yang berperanan menjalankan fungsi Pejabat Pendaftar:
1. Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM)
-
Perkhidmatan perjawatan dan pengisian jawatan
-
Program pembangunan modal insan warga INTAN
-
Urusan HRMIS
2. Unit Kewangan
Pengurusan kewangan, aset, akaun amanah, terimaan hasil dan perolehan kerajaan
3. Unit Penyenggaraan dan Pembangunan
Merancang, melaksana dan memantau kerja-kerja penyelenggaraan dan penaiktarafan bangunan, fasiliti dan persekitaran latihan buat peserta dan warga INTAN
4. Unit Khidmat Sokongan
-
Menyediakan, menyelaras tempahan fasiliti dan kemudahan pengangkutan bagi urusan rasmi
-
Menjaga landskap dan memastikannya berada pada tahap optimum
5. Unit Domestik
Mengelolakan urusan sajian dan penginapan di INTAN
6. Unit Percetakan dan Penerbitan
Pengurusan percetakan dan penerbitan
7. Perpustakaan INTAN
-
Pembangunan sumber maklumat
-
Pengurusan perkhidmatan maklumat
-
Penyelaras bagi perpustakaan Kampus Wilayah
Carta Organisasi

HUBUNGI KAMI
Pendaftar INTAN
Institut Tadbiran Awam Negara,
INTAN Kampus Utama Bukit Kiara,
Jalan Bukit Kiara,
50480, Kuala Lumpur
Tel : 03-2084 7227
Faks : 03-2096 2205
Emel: sulaiman[at]intanbk[dot]intan[dot]my (Pendaftar)