
Mengenai Kami
Dibangunkan di antara laluan utama ke Pekan Ayer Hitam dan ke Bandar Kluang, IKWAS berdiri megah sebagai sebuah kampus INTAN di Wilayah Selatan. Dari ladang getah seluas 20.24 hektar, tanah ini diteroka setelah timbulnya inisiatif Kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak Institut Latihan Awam (ILA) yang akan melahirkan penjawat awam yang berprestasi tinggi.
IKWAS telah siap dibina pada 31 Januari 1983 dan dirasmikan pada 18 April 1984 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan negeri Johor Darul Ta’zim. Dilengkapi dengan Blok Pentadbiran dan Blok Domestik pada awal penubuhan, IKWAS memulakan peranan sebagai tulang belakang Kerajaan dalam memberikan latihan kepada penjawat awam di Wilayah Selatan iaitu merangkumi negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Setelah hampir sedekad mengorak langkah, bangunan IKWAS telah ditambah dengan pembinaan Blok Akademik dan Blok Eksekutif bagi menampung keperluan dan permintaan pada masa tersebut. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Samsudin bin Osman, Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 14 Januari 2002.
Kepakaran
Selaras dengan matlamat kerajaan dalam meningkatkan keupayaan modal insan perkhidmatan awam dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, setiap kampus wilayah telah diberikan tanggungjawab sebagai Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence – COE).
IKWAS berperanan sebagai Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Dalam Penyeliaan sejak tahun 2012 di mana fokus utama adalah melatih penjawat awam di kalangan Penyelia dan Penyelia kanan. Hal ini bertujuan untuk melatih, membentuk dan menyediakan penyelia yang berketrampilan dan mampu melaksanakan peranan mereka di setiap lapisan organisasi bagi membentuk sektor awam yang cemerlang.
Dalam menyediakan modal insan yang berkompetensi tinggi, IKWAS juga melatih penjawat awam ke arah tadbir urus perkhidmatan awam yang baik. Antaranya kursus Human Resource Champion (HRC), bahasa, kepimpinan, kualiti dan inovasi, pengurusan stor dan aset, nilai dan etika, protokol dan pengurusan majlis.
CARTA ORGANISASI

PROGRAM YANG DITAWARKAN
Kursus di IKWAS dikendalikan oleh Bahagian Latihan yang terdiri daripada Unit Pembangunan Modal Insan, Unit Kepimpinan serta Unit Kualiti dan Inovasi.
Komponen utama kursus yang ditawarkan adalah meliputi pembangunan modal insan, kepimpinan, kualiti dan inovasi serta pengurusan sistem maklumat (ICT).
Pembangunan Modal Insan
- Kursus Etika Kerja : Gamifikasi
- Kursus Human Resource Champions Modul 1: Perancangan dan Pembangunan Organisasi
- Kursus Human Resource Champions Modul 2 : Pengurusan Persaraan
- Kursus Human Resource Champions Modul 3: Pengurusan Tatatertib
- Kursus Human Resource Champions Modul 4: Pengurusan Gaji, Elaun dan Kemudahan
- Kursus Human Resource Champions Modul 5: Pengurusan Perkhidmatan dan Prestasi
- Kursus Human Resource Champions Modul 6: Pembangunan Modal Insan
- Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis
- Kursus Komunikasi Berkesan
- Program Transformasi Minda
- Kursus Pengucapan Awam
- Kursus Language Awareness For Communicative Success: Basic Grammar
- Kursus Perundingan Berkesan
- Kursus Santun Mengacara Majlis
Kepimpinan
- Kursus SMART Integriti
- Kursus Pengurusan Risiko Sektor Awam
- Kursus Etika Kerja : Peranan Penyelia
- Kursus Penyeliaan Berkesan
- Kursus Kepimpinan Transformatif dan Pengurusan Organisasi
Kualiti dan Inovasi
- Kursus Pemikiran Kreatif
- Kursus Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
- Kursus Pengurusan Mesyuarat
- Kursus Pengurusan Pelanggan
- Kursus myPortfolio: Panduan Kerja Sektor Awam
- Kursus Horizon Baharu KIK
- Kursus Panel Penilai Horizon Baharu KIK
- Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih
Pengurusan Sistem Maklumat (ICT)
- Kursus RBTCS : Playworks Excel Fun Formulas
- Kursus RBTCS: Blockchain Awareness Programme
- Kursus RBTCS: Analyzing Data With ExcelKursus RBTCS : Adobe Photoshop (Basic to
- Advance)
- ICT Skills Assessment and Certification (ISAC)
Aktiviti / Program










































