
Kolokium Penyelidikan merupakan program bitara tahunan anjuran Institut Tadbiran Awam (INTAN) dengan Kerjasama Bahagian Pembangunan Modal INSAN, JPA. Penganjuran Kolokium ini adalah untuk memangkin dan menyemarakkan budaya penyelidikan dalam kalangan penjawat awam.
Kolokium ini juga berhasrat untuk mewujudkan satu wadah perkongsian mengenai kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh penjawat awam yang telah menamatkan tajaan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) bagi ijazah kedoktoran (Ph.D) dan Sarjana.
Pembentangan kertas penyelidikan melalui Kolokium Penyelidikan diharapkan akan akan dapat memanfaatkan pegawai-pegawai yang terlibat dengan perancangan/pelaksanaan dasar serta pegawai-pegawai yang bercadang mengikuti program sarjana dan Ph.D.
Pembentangan kertas kajian adalah dalam pelbagai tema bergantung kepada topik-topik penyelidikan penerima HLP tersebut. Ini termasuklah tema Sains & Kelestarian Alam Sekitar, Sains Sosial & Pembangunan Kemanusiaan, IT&Teknologi, Tadbir Urus & Dasar Awam, Ekonomi, Kewangan dan Keselamatan.