Penubuhan Program Pengurusan Kualiti adalah bertujuan untuk melaksanakan program-program kualiti dan inovasi bagi menambah baik dan meningkatkan kualiti pengurusan latihan dan penyampaian perkhidmatan secara berterusan di INTAN.
Dalam usaha untuk mendokong mendukung misi INTAN membangunkan modal insan sektor awam yang kompeten melalui pembelajaran berkualiti, Program ini bertanggungjawab sebagai sekretariat yang memantau kualiti program latihan di INTAN melalui penubuhan Jawatankuasa Pembangunan Latihan dan Kurikulum INTAN. Sehubungan dengan itu, Program ini turut membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan kualiti latihan melalui pengauditan pakej latihan dan pengauditan tenaga pengajar di INTAN.
Dalam memastikan kualiti pengurusan latihan menepati piawaian pensijilan dalam dan luar negara, Program ini juga bertindak sebagai perancang dan pemantau Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015. Di samping itu, pembangunan dan pemantauan Pelan Pengurusan Risiko dan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan juga merupakan salah satu dari aktiviti peningkatan dan pengekalan kualiti secara berterusan di INTAN.
Dalam usaha menyemarakkan dan membudayakan aktiviti inovasi dan kreativiti dalam kalangan warga INTAN, Program ini juga bertindak sebagai sekretariat program Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dalam kalangan warga INTAN.
Kursus Familiarisasi Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada warga INTAN Bukit Kiara
Bengkel Audit Dalam EKSA INTAN Bukit Kiara
Kursus Design Thinking for Creative Problem Solving
KETUA PROGRAM
Program Pengurusan Kualiti
Institut tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-20847499
Fax: 03-20747891
Emel: upk[at]intanbk[dot]intan[dot]my
Hari Ini : 1734
Bulan Ini : 13938
Keseluruhan : 921983