Unit Korporat dan Antarabangsa (UKA)

Mengenai Kami

Unit Korporat dan Antarabangsa berperanan menguruskan hal ehwal korporat INTAN dan mempromosikan program dan aktiviti INTAN ke arah pembentukan imej yang positif melalui perancangan promosi dan publisiti yang strategik serta berkesan.


Di samping itu, unit ini bertindak menjalankan kerja keurusetiaan mesyuarat-mesyuarat utama di INTAN di samping bertanggungjawab menyelaras hubungan korporat dan maklum balas antara INTAN dengan pihak JPA, JPM dan agensi-agensi kerajaan yang lain.


Selain itu, Unit ini juga menyelaras lawatan daripada delegasi luar ke INTAN serta mengadakan kunjungan hormat ke agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan yang berpotensi untuk membuat kolaboratif.


Di bawah Seksyen Antarabangsa, Unit ini turut menguruskan hal ehwal luar negeri di INTAN, meneroka peluang kerjasama antarabangsa, menyelaras, menguruskan lawatan delegasi antarabangsa ke INTAN.


Selain itu, ia juga melaksanakan kursus dan program latihan antarabangsa untuk institusi Kerajaan dan penjawat awam luar negara.


Unit ini juga bertindak untuk menyelaras kerjasama dua hala dan pelbagai hala dengan badan dan agensi antarabangsa yang berhasrat untuk mengadakan latihan, lawatan pembelajaran dan lawatan di INTAN.


Di bawah Seksyen Perhubungan Awam, unit ini merancang pelan komunikasi, promosi serta program publisiti INTAN di samping memantau, menyelaras dan mengurus maklum balas dan aduan yang diterima melalui surat, akhbar, e-mel, laman portal dan media sosial.


Selain itu, unit ini bertanggungjawab memantau trend liputan akhbar dan isu berkaitan dengan organisasi serta mengambil tindakan kepada laporan media berkenaan. Di samping itu, merancang, menyelaras memantau dan mengemas kini penerbitan video korporat, bahan-bahan publisiti INTAN dan maklumat kandungan Portal INTAN, Laman EZ-XS dan Portal JPA (Mengenai INTAN).

Carta Organisasi

Image

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Kursus
  • Kursus Asas Penggunaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)

  • Senior Executive Development Programme (SEDP)

  • Leadership Development Programme (LDP)

  • Program Kerjasama Latihan Antarabangsa Untuk Penjawat Awam Luar

  • Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP)

HUBUNGI KAMI

KETUA UNIT

Unit Korporat dan Antarabangsa
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur

Tel: 03-20847485
Fax: 03-20939490
Emel: korporat[at]intanbk[dot]intan[dot]my

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01   x3  

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 437

Bulan Ini : 22125

Keseluruhan : 692132

  • Tarikh Kemaskini: 27 April 2024

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2024 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768