Sijil Pentauliahan Perolehan Kerajaan (SPPK)

almp

Pengurusan perolehan kerajaan merupakan salah satu bidang strategik yang penting kepada negara. Oleh itu, ia perlu diuruskan dengan cekap, teratur dan berintegriti. Selaras dengan objektif utama pengurusan perolehan iaitu untuk mendapatkan nilai wang yang terbaik bagi setiap ringgit wang awam yang dibelanjakan. Bagi menjayakan hasrat murni ini, latihan berkaitan pengurusan perolehan kepada pegawai-pegawai kerajaan adalah sangat penting bagi memastikan perolehan dibuat mengikut dasar, peraturan dan prosidur yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Kursus Sijil Pentauliahan Perolehan Kerajaan (SPPK) telah dibangunkan oleh INTAN bersama-sama dengan Kementerian Kewangan dengan dibantu oleh pakar-pakar perolehan yang berpengalaman. Kursus ini dibangunkan khusus untuk memperlengkapkan pegawai-pegawai perolehan dengan pengetahuan, kemahiran serta teknik yang mampu membantu pegawai-pegawai perolehan menguruskan perolehan Kerajaan dengan cekap.

Kursus ini mempunyai 2 modul iaitu asas dan lanjutan yang merangkumi pelbagai pendekatan perolehan terkini dalam pengurusan perolehan. Kursus ini tentunya akan meningkatan kapasiti pegawai perolehan terhadap Attitude, Skills and Knowledge (ASK) untuk menyumbang secara signifikan ke arah pencapaian matlamat perolehan Kerajaan yang teratur, berintegriti dan memberi pulangan nilai terbaik untuk wang kepada Kerajaan.

 

Soalan lazim berkaitan perolehan Kerajaan boleh didapati di laman web Kementerian Kewanganhttp://www.treasury.gov.my (soalan lazim – Bahagian Perolehan Kerajaan).

Syarat-syarat

Kursus ini terbuka kepada semua pegawai perolehan  Gred 41 hingga 52 yang berkhidmat di  Kementerian, Jabatan, Badan Berkanun, dan Kerajaan Negeri.

Dasar/Pekeliling

Kursus ini mengguna pakai dasar dan tatacara perolehan Kerajaan yang terkandung di dalam 1PEKELILING PERBENDAHARAAN (1PP): PEROLEHAN KERAJAAN (PK) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Aktiviti

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01    

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 529

Bulan Ini : 2460

Keseluruhan : 387983

  • Tarikh Kemaskini: 31 Mei 2023

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2022 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768