Kursus Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB)

almp

Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi merealisasikan matlamat untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dan berstatus negara maju. Inisiatif-inisiatif tersebut diterjemahkan dalam bentuk projek dan program yang dilaksanakan untuk memenuhi keperluan rakyat. Pelaksanaan projek dan program yang sempurna memerlukan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pengurusan projek.

 

Untuk membangunkan modal insan sektor awam yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam pelbagai disiplin pengurusan projek, latihan yang berkesan diperlukan. Selain dari pakej latihan yang lengkap dan tenaga pengajar yang pakar, penjawat awam yang menghadiri latihan perlu diberi pengiktirafan berupa pensijilan setelah berjaya menamatkan latihan, sekaligus menjadi pra-kelayakan untuk mengendalikan projek-projek awam.

 

Bagi memenuhi keperluan tersebut dan selaras dengan program Transformasi JPA amnya dan INTAN khasnya, INTAN mengambil inisiatif untuk melaksanakan Kursus 3PAB mulai tahun 2014 bagi memberi pengiktirafan kepada peserta-peserta yang berjaya melengkapkan latihan sebelum ditugaskan untuk menguruskan projek awam. Kursus 3PAB dilaksanakan oleh INTAN dengan kerjasama enam (6) Rakan Strategik terdiri dari Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (BK, JPA). Kursus 3PAB dilaksanakan secara dua mod iaitu modular dan jangka panjang (empat (4) minggu). Kursus ini mengandungi dua puluh enam (26) modul yang terdiri daripada modul-modul yang terdapat dalam enam (6) fasa kitaran pengurusan projek awam dan enam (6) modul am.

Modul

Kursus ini terdiri daripada 26 modul yang terdiri daripada modul-modul yang terdapat dalam enam fasa kitaran pengurusan projek awam serta enam modul am.

FASA 1: Kenalpasti dan sedia projek berasaskan output program

  1. Konsep Perancangan Pembangunan & Penyediaan Pelan Induk di Malaysia
  2. Pembiayaan Projek Awam
  3. Pemilihan Tapak Projek & Pengurusan Tanah
  4. Pengenalpastian Projek menggunakan Logical Framework Approach (LFA)

FASA 2: Kajian kemungkinan

  1. Kajian Kemungkinan: Analisis Teknikal & Reka Bentuk
  2. Kajian Kemungkinan: Analisis Ekonomi & Pasaran
  3. Kajian Kemungkinan: Analisis Alam Sekitar
  4. Kajian Kemungkinan: Analisis Kewangan

FASA 3: Penilaian, pemilihan dan kelulusan

  1. Projek Brif
  2. Pengurusan Risiko Projek
  3. Pengurusan Nilai Projek

FASA 4: Pengaktifan projek

  1. Pengurusan Dokumen Tender
  2. Pengurusan Kontrak
  3. Penjadualan Projek
  4. Pengurusan Kontrak Daripada Perspektif Jabatan Peguam Negara

FASA 5: Pelaksanaan dan pemantauan

  1. Aplikasi Sistem/Perisian: Microsoft Project
  2. Kawal Selia Projek
  3. Pemantauan Projek
  4. Fungsi & Peranan CIDB

FASA 6: Penilaian dan maklum balas

  1. Penyiapan & Penyerahan Projek
  2. Penilaian Projek Berasaskan Outcome

MODUL AM

  1. Pengenalan kepada Pengurusan Projek
  2. Governan dalam Projek
  3. Etika Kerja & Nilai
  4. Integriti dalam Pengurusan Projek
  5. Pengurusan Projek daripada Perspektif Audit
  6. Aplikasi Sistem dalam Pengurusan Projek: e-perolehan & SPP II

Aktiviti

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01   x3  

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 444

Bulan Ini : 22132

Keseluruhan : 692139

  • Tarikh Kemaskini: 27 April 2024

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2024 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768