INTAN Royal Talk

INTAN Royal Talk

INTAN Royal Talk 2017 merupakan Program Bitara INTAN iaitu program kemuncak kepada pelaksanaan program-program Bitara yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2017. Program INTAN Royal Talk 2017 telah diadakan pada 15 Ogos 2017 (Selasa) ini merupakan satu platform atau wadah kepada tetamu jemputan DiRaja untuk untuk berkongsi pengalaman, ilmu dan nasihat dalam mengukuhkan lagi kualiti perkhidmatan awam pada amnya, dan juga mengenai peranan Institusi DiRaja dalam perlembagaan dan penghayatan prinsip Rukun Negara.

 

Pada kali ini, INTAN amat berbesar hati di atas kesudian Yang Maha Mulia Tuanku Dr. Tengku Muhammad Fa-Iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pemangku Raja Kelantan mencemar duli untuk berkongsikan titah baginda yang bertajuk “Simbiosis Raja dan Rakyat” kepada penjawat awam yang dijemput hadir di Auditorium, INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

 

Ucapan alu-aluan INTAN Royal Talk 2017 ini telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara. Turut hadir bersama adalah YBhg. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, YBrs. Dr. Mohd Gazali Abas, Pengarah INTAN, Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri dan Persekutuan, YBhg. Dato’ Dr. Mazlan Bin Yusoff, Ketua Pengarah MAMPU, dan Pengarah-Pengarah Bahagian Jabatan Perkhidmatan Awam.

Aktiviti

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01   x3  

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 381

Bulan Ini : 22069

Keseluruhan : 692076

  • Tarikh Kemaskini: 27 April 2024

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2024 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768