Program Diploma Pengurusan Awam (DPA) INTAN telah dilaksanakan bermula tahun 1977 hingga kini khusus untuk melatih bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).
Program DPA ini mengalami perubahan berdasarkan kesesuaian semasa seperti berikut :
Program DPA mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 30 Disember 2015 dan diguna pakai sehingga kini.
Kursus yang dilaksanakan secara sepenuh masa selama 10 bulan ini dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai-pegawai dari Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (PDPA) dengan memberi penekanan kepada aspek profesionalisme dan sahsiah dalam membentuk jati diri dan peribadi peserta Program DPA melalui AKSARA.
AKSARA ini diterjemahkan melalui dua bidang pembelajaran iaitu Kurikulum dan Ko- Kurikulum. Kurikulum Program DPA ini merangkumi tiga komponen utama, iaitu:
Manakala, bidang Ko-Kurikulum pula didukung oleh Majlis Perwakilan Peserta (MPP) yang melaksanakan program/aktiviti yang dirancang serta dikelolakan oleh peserta sepenuhnya.
Hari Ini : 1526
Bulan Ini : 13730
Keseluruhan : 921775