Perakuan MQA
Bagi memastikan Program DPA ini kekal relevan dengan keperluan semasa, INTAN telah melaksanakan pembaharuan ke atas kursus ini pada tahun 2015 di mana kursus ini mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 30 Disember 2015 dan diguna pakai sehingga kini.
Program DPA INTAN telah menepati tahap 7 dalam Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) iaitu tahap Diploma Pascasiswazah dan setanding dengan Diploma Pascasiswazah yang ditawarkan oleh universiti-universiti tempatan mahupun di luar negara.
Kejayaan mendapatkan Akreditasi Penuh bagi Program DPA merupakan hasil usaha dan kerjasama erat serta komitmen jitu daripada semua Pusat dan Program di INTAN serta sokongan padu Pengurusan Tertinggi INTAN dan Jabatan Perkhidmatan Awam.
Kejayaan ini juga telah memperkukuhkan lagi fungsi dan peranan INTAN sebagai sebuah pusat kecemerlangan latihan dan kepimpinan sektor awam yang terulung di negara ini dalam mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran penjawat-penjawat awam melalui pendekatan latihan yang komprehensif dan holistik untuk melahirkan gugusan perkhidmatan awam yang berkompetensi tinggi, dinamik serta progresif.