
Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN merupakan kursus pra-perkhidmatan yang dibangunkan secara komprehensif selama 10 bulan bagi tujuan pelantikan ke dalam skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Program DPA INTAN telah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkuat kuasa pada 30 Disember 2015.
Program ini menekankan konsep pembangunan professional dan pembinaan sahsiah. Program juga adalah berlandaskan lima elemen utama iaitu, Attitude (Sikap), Skills (Kemahiran), Knowledge (Pengetahuan), Adaptability (Kebolehsesuaian) dan Resilience (Daya Tahan).
Program ini mempunyai dua bahagian utama:
- Bahagian 1: Kurikulum
- Bahagian 2: Aktiviti Ko-kurikulum
Bahagian 1: Kurikulum

Komponen Akademik
(Teori dan Praktikal)
- Pengurusan Kewangan Awam
- Kepimpinan dan Pengurusan Strategik
- Pentadbiran Kerajaan dan Pengurusan Dasar Awam
- Pengurusan Keselamatan dan Hubungan Antarabangsa
- Pengurusan Sosial dan Infrastruktur
- English Proficiency for Public Sector Executive
- Pengurusan Sumber Manusia dan Integriti
- Pengurusan Ekonomi Awam
- Metodologi Penyelidikan
- Pengurusan Inovasi dan Teknologi Maklumat

Komponen Integrasi Nasional dan Pengukuhan Diri
-
Strategic Partnership Programme (SPP
-
Strategic Engagement Programme (SEP)
-
Inisiatif Transformasi Desa (INTRADE)
-
Pengurusan Bencana (BOMBA)
-
Pengurusan Ketenteraman Awam (POLIS)
-
Orientasi Pertahanan Negara (TENTERA)
-
Outward Bound School (OBS)

Komponen Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal
- Modul Orientasi Pengurusan Pejabat (OPPA 1.0 & OPPA 2.0)
- Group Integration (GI)
- Innovation Ambassador Development Programme (IADP)
- Modul Pengurusan Majlis (MPM)
- Minggu Sintesis
Bahagian 2: Aktiviti Ko-Kurikulum
- Aktiviti sukan
- Aktiviti integrasi kumpulan
- Aktiviti-aktiviti luar
- Perbincangan wacana minda
- 8 biro profesional peserta
Aktiviti













Hubungi Kami
Untuk maklumat selanjutnya berkaitan program ini, sila hubungi:
Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Jalan Bukit Kiara 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : 603-2084 7503
E-mel : idpa[at]intanbk[dot]intan[dot]my