Rabu, 30 April 2025
02 Zulkaedah 1446
A- A A+
 
 
 
 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PEMBERIAN BANTUAN YURAN PENGAJIAN PENGAKREDITAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PENGALAMAN TERDAHULU BAGI TUJUAN PENGANUGERAHAN KELAYAKAN (APEL.Q)

 

  1. Penjawat awam yang berkhidmat di Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun (Persekutuan atau Negeri) layak memohon.

     

  2. Bertaraf jawatan tetap.

     

  3. Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam perkhidmatan awam.

     

  4. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan terkini.

     

  5. Permohonan hendaklah melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kementerian/ jabatan/ agensi berkenaan dan diperakui oleh Ketua Jabatan.

     

  6. Memohon peringkat pengajian yang lebih tinggi daripada peringkat pengajian sedia ada yang diperoleh pegawai. Jika pegawai telah memiliki ijazah kedoktoran tetapi masih ingin memohon program pengajian di bawah program APEL.Q, pegawai masih boleh memohon dan akan dipertimbangkan.

     

  7. Pegawai yang sedang menghadapi pertuduhan tindakan tatatertib dan/ atau prosiding dakwaan di mahkamah tidak layak untuk memohon.

     

  8. Tidak tersenarai dalam senarai hitam pinjaman atau biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

     

  9. Pegawai hanya dibenarkan memohon pengajian dari senarai program APEL.Q dalam negara yang telah mendapat kelulusan akreditasi penuh (full accreditation) daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

     

  10. Bidang pengajian yang dibenarkan di bawah program APEL.Q adalah yang berkaitan dengan pengalaman pegawai dalam bidang berkaitan dan perlu mematuhi tempoh minimum tahun pengalaman bagi setiap tahap dalam kerangka Kelayakan Malaysia.

     

  11. Mod pengajian di bawah program APEL.Q adalah secara separuh masa dan perlu mematuhi kaedah penilaian yang telah ditetapkan oleh MQA dan institusi pengajian tinggi.

     

  12. Pemberian bantuan yuran pengajian oleh Kerajaan:

    Kerajaan akan memberi bantuan kepada sebahagian daripada yuran pengajian program APEL.Q sehingga 50% atau maksimum sebanyak RM15,000 bergantung kepada mana yang terendah.

     

  13. Bantuan yuran pengajian ini akan diberikan semasa pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam sahaja.

     

  14. Permohonan dibuka sepanjang tahun 2025. Walau bagaimanapun, JPA berhak menyemak semula dan membuat sebarang pindaan berdasarkan apa jua keputusan dasar terkini.

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01   x3  

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 915

Bulan Ini : 33390

Keseluruhan : 1085460

  • Tarikh Kemaskini: 29 April 2025

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2024 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768