Software Testing

INTAN melaksanakan kursus pensijilan Software Testing bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pegawai-pegawai dalam Skim Sistem Maklumat Gred 29 hingga 54 dalam bidang Software Quality Assurance dan juga sebagai satu inisiatif ke arah pencapaian ICT Excellence dalam menyokong pembangunan kerajaan digital.

 

Tujuan kursus-kursus ini adalah bagi mengukuhkan kedudukan negara menjadi hub pengujian perisian serantau terutama dengan pengiktirafan Perisian Kualiti (QS) di bawah pelaksanaan bersama Malaysia Software Testing Board (MSTB) yang telah menerima pengiktirafan antarabangsa.

Dua (2) kursus persijilan yang dilaksanakan

Certified Tester Foundation Level (CTFL)

Kursus pengujian perisian peringkat asas ini memberi pendedahan kepada asas-asas pengujian dalam kitaran pengujian perisian dan menunjukkan bagaimana ianya dapat menambah nilai kepada proses pembangunan sistem aplikasi.

Certified Tester Advanced Level – Test Manager (CTAL-TM)

Kursus ini memberi pendedahan kepada cara-cara pengurusan projek pengujian dilaksanakan, mengurus dan menyusun sesi penganalisaan risiko, cara-cara bagaimana membina dan melaksana pelan pengujian yang konsisten dengan polisi dan strategi sesebuah organisasi serta cara menilai dan membuat laporan status pengujian yang relevan dan tepat masa kepada pemegang taruh projek.

Hubungi Kami

Pusat Pengajian Teknologi Maklumat dan Pembangunan Teknologi (IMATEC)
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur, Malaysia


Tel: 03-2084 7681
Faks: 03-2084 7692
E-mel: info.imatec[at]intanbk[dot]intan[dot]my

Hubungi Kami

 
 
 
 
 
 
 
 
 
qrcode address1

           

  ig1 01   x3  

Jumlah Pelawat

Hari Ini : 622

Bulan Ini : 22310

Keseluruhan : 692317

  • Tarikh Kemaskini: 27 April 2024

Web Mobil

 
 
 

web mobil bm

2024 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768