Friday, 08 August 2025
13 Safar 1447
A- A A+
 
 
 
 

LARIAN MAPPA XX
TAHUN 2025

Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Institut Tadbiran Awam Negara dan Kelab Sukan dan Kebajikan INTAN (KESKI) INTAN telah merancang program Larian MAPPA XX 2025 Putrajaya. Tujuan program ini adalah untuk memupuk budaya sihat di kalangan pegawai awam dan masyarakat umum. Selain itu, program larian ini juga bertujuan menguar-uarkan Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) XX yang akan berlangsung pada bulan Ogos 2025.

Image
Image

Objektif

Objektif pelaksanaan Larian MAPPA XX

Acara ini bertujuan untuk melahirkan warga perkhidmatan awam serta masyarakat umum yang sihat dan cergas di samping memberi peluang kepada kementerian, jabatan, dan agensi kerajaan untuk uar-uarkan perkhidmatan kepada rakyat melalui pelbagai aktiviti yang bersesuaian.

Image
Image
Image
Image

Pelaksanaan

Larian ini merupakan kali kedua diadakan di Putrajaya selepas larian kali pertama pada 1 Ogos 2024. Untuk tahun 2025, ianya merupakan siri keempat dari sejumlah 6 siri larian yang akan diadakan.

 

LOKASI

TARIKH

JUMLAH PENYERTAAN

Wisma Belia Kuantan, Pahang

17 Mei 2025

2,340 penyertaan

Aspen Vision City, Pulau Pinang

28 Jun 2025

2,345 penyertaan

Dewan Bandaraya Kuching Selatan, Kuching Sarawak

6 Julai 2025

2,500 penyertaan

Stadium Likas, Kota Kinabalu Sabah

12 Julai 2025

2,515 penyertaan

 

Satu lagi siri larian akan diadakan pada 16 Ogos 2025 ini iaitu di Dataran Bandaraya Johor Bharu, dijangka melibatkan 2,500 orang peserta. Penganjuran Larian MAPPA XX 2025 Putrajaya ini dijangka akan disertai oleh lebih 12,000 orang peserta terdiri daripada warga perkhidmatan awam dan juga masyarakat umum. Peserta juga disediakan nombor cabutan bertuah, kit larian, e-sijil penyertaan dan insurans.

 

Laluan bagi acara larian ini akan dilangsungkan di sekitar Putrajaya bermula di Dataran Putrajaya yang melibatkan tiga (3) kategori larian iaitu:
Jumlah Bilangan Peserta : 12,000 orang
• 4,759 peserta (3 km)
• 5,000 peserta (5 km)
• 1,602 peserta (10 km) – Pegawai Kerajaan
• 639 peserta (10 km) – Awam

Image
  • YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim
    Perdana Menteri

  • YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi
    Timbalan Perdana Menteri

  • YB Senator Dato’ Sri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir
    Menteri Pendidikan Tinggi

  • YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil
    Menteri Komunikasi

  • YB Dato’ Sri Tiong King Sing
    Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

  • YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefley bin Ahmad
    Menteri Kesihatan

  • YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar
    Ketua Setiausaha Negara

  • YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz
    Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

  • Ketua Setiausaha Kementerian (22 orang)

  • Pengurusan Tertinggi JPA – selain KPPA (15 orang)

  • Pengurusan Tertinggi INTAN (24 orang)

  • Lain-lain Tetamu Kehormat (12 orang)

14 kategori dipertandingkan :

Penjawat Awam Lelaki
• 18 – 30 tahun
• 31 – 45 tahun
• 46 – 60 tahun

Penjawat Awam Wanita
• 18 – 30 tahun
• 31 – 45 tahun
• 46 – 60 tahun

Awam Lelaki
• 13 – 17 tahun
• 18 – 30 tahun
• 31 – 45 tahun
• 46 tahun ke atas

Awam Wanita
• 13 – 17 tahun
• 18 – 30 tahun
• 31 – 45 tahun
• 46 tahun ke atas

Bagi setiap 14 kategori, hadiah kemenangan adalah seperti berikut:

JUARA
RM800

NAIB JUARA
RM500

TEMPAT KETIGA
RM300

Image
Aktiviti Sampingan

Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan aktiviti pickleball dan street soccer.

Jualan Rahmah dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) di operasikan oleh ST Rosyam Mart dan Super Seven bermula dari pukul 7.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Pihak SWCorp akan turut menganjurkan Program Trash to Cash.

Program Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) akan turut dianjurkan.

Senarai Pempamer

Sejumlah 12 reruai dan 20 mobile food truck berbentuk perkhidmatan, informasi dan jualan, akan dibuka dari pukul 7.00 pagi sehingga 2.00 petang.

• Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) – mobile

• Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) – mobile

• MILO – mobile

• Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

• Brooks & Kronos

• Ainur Enterprise

• Al-Ikhsan

• TH Properties

• Bank Simpanan Nasional (BSN)

• Linaco

• SWCorp

• Choii Worldwide

• Trak Makanan

Image
Image

Contact Us

qrcode address1

  ig1 01   x3  

Total of Visitor

Today's : 918

This Month : 9289

Total Visitor : 1199074

  • Last Modified: 08 August 2025

Web Mobile

 
 
 

webmobile en

2025 © Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
Best viewed using Mozilla Firefox and Google Chrome browsers with a screen resolution of 1366 x 768