Tidak, Kursus Persediaan Ijazah Sarjana/PhD hanya boleh diikuti oleh bakal penerima Hadiah Latihan Persekutuan dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) di bawah JPA.
Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN merupakan kursus pra-perkhidmatan yang dibangunkan secara komprehensif selama 10 bulan bagi tujuan pelantikan ke dalam skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Program DPA INTAN telah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkuat kuasa pada 30 Disember 2015.
Kursus Advanced Leadership and Management Programme (ALMP) merupakan kursus mandatori atau kursus WAJIB bagi pegawai-pegawai Perkhidmatan awam yang menyandang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Ianya dijalankan di bawah Pusat Kecemerlangan Kepimpinan, INTAN Kampus Utama Bukit Kiara. Untuk maklumat lanjut, klik Menu "Perkhidmatan Dalam Talian", pilih "Sistem Dalam Talian" dan pilih "Sistem Advanced Leadership and Management Programme (ALMP)".
Kursus EPSA (e-Pembelajaran Sektor Awam) adalah latihan secara atas talian bagi memberi kemudahan kepada penjawat awam mengikuti kursus pada bila-bila masa di mana sahaja. Penjawat awam yang menjalani kursus EPSA layak untuk mendapatkan sijil hari berkursus mengikut syarat yang telah ditetapkan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Helpdesk EPSA di talian 03-2084 7689 atau emel esupport@intanbk.intan.my atau boleh layari Portal EPSA https://www.epsa.gov.my
Penilaian ISAC dilaksanakan untuk menilai tahap kefahaman dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan personel sektor awam. Ia merupakan satu alat bagi mengukur kesediaan personel sektor awam untuk bekerja dalam persekitaran Kerajaan Elektronik dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan asas perisian-perisian ICT yang sering di guna pakai (commonly used).
Peserta Penilaian ISAC terbahagi kepada 2 :-
1. Individu
Terdiri daripada individu yang menyandang jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19, Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 dan Setiausaha Pejabat Gred N29 di mana kelulusan dalam Penilaian ISAC merupakan syarat wajib untuk pengesahan dalam perkhidmatan.
2. Kumpulan
Terdiri daripada kakitangan yang dipilih dari Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang memohon untuk dijalankan Penilaian ISAC secara kumpulan. Permintaan ini bergantung kepada Kementerian/ Jabatan/ Agensi tersebut samaada untuk memenuhi kehendak ISP atau polisi masing-masing.
Semua permohonan untuk menduduki penilaian ISAC perlu dilakukan secara atas talian (online) sahaja. Permohonan boleh dibuat menerusi Portal ISAC di http://isac.intan.my
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi pihak urusetia ISAC di talian 03-2084 7798/7703 atau emel isachelp@intanbk.intan.my.